|
DinPerak
|
 |
« on: April 16, 2006, 07:34:12 PM » |
|
Salam hormat kepada semua... Ingin saya dapatkan pandangan dari anda semua dalam kaedah menentukan arah kiblat, terutamanya dari segi penggunaan peralatan yang lebih sesuai... sama ada teleskop..teodolite...kompas...rubu'mujayyab.. atau sebagainya.. dan dari cerapan matahari atau mencari batu sempadan.. atau ada terdapat cara tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah alim ulama' yang dapat kita kongsikan bersama. Sebagaimana yang kita maklum.. darjah azimut kiblat kita di Malaysia ini adalah di antara 291o dan 292o namun kebanyakan kita yang telah berkecimpung dalam aktiviti falak dan astronomi tidak terlalu menghiraukan kepelbagaian kaedah yang dapat kita laksanakan untuk menentukan arah kiblat.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #1 on: April 16, 2006, 10:36:52 PM » |
|
Assalamualaikum Ustz Din, ni soalan ke atau mintak pandangan? confuse pulak!  anyway, mungkin sebagai permulaan, boleh ustaz kongsi dengan kami semua setiap kaedah yang diguna pakai. Dari situ mungkin kita boleh dapatkan idea... saya sendiri terus terang tak pernah involve secara langsung proses penentuan yang digunakan sekarang...
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #2 on: February 14, 2007, 10:51:04 AM » |
|
Rata-rata kini dapat kita lihat pelbagai percanggahan dan pertikaian berkenaan isu penetapan dan penentuan arah kiblat di negara kita. Pelbagai usul dan hujah diutarakan demi mencapai satu kata putus yang sering tidak kesampaian di antara ahli falak mahupun ahli astronomi. Seiring dengan kemajuan dan perkembangan zaman yang lebih berteknologi dan berinteraktif, manusia kini lebih berpegang teguh dengan keupayaan teknologi berkomputer untuk dijadikan tempat rujukan atau penyelesaian sesuatu perkara termasuklah dalam penentuan dan penetapan arah kiblat.
Namun begitu, kemampuan, keupayaan dan pandangan ahli fekah adalah amat tidak patut diketepikan begitu sahaja. Jika dapat kita renungkan semula terjemahan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 149 dan 150 yang bermaksud: "Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, sesungguhnya ketentuan itu benar2 sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan"(149). "Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, dan dari mana saja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia ke atas kamu kecuali orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Dan agar Ku sempurnakan nikmat Ku ke atasmu dan supaya kamu mendapat petunjuk."(150)
Sememangnya kita perlu mendapatkan arah menghadap kiblat dengan setepat yang mungkin, namun ia tertakluk di atas usaha kita dalam menentukan arah tersebut. Biarpun ketepatan yang kita yakini hingga dalam bacaan saat ("), jika sedikit sahaja tikar sembahyang kita berubah, maka beratus kilometer kiblat kita akan tersasar. Dan kita perlu fahami sedalam-dalamnya apa yang dituntut di dalam ayat di atas tadi. Selagi mana ianya diistilahkan diHADAPAN kita, maka kita tidak perlu berbalah atas satu isu yang tidak ada kesudahannya ini.
Pelbagai usaha yang kita laksanakan dalam memastikan kejituan ketepatan arah kiblat kita, namun seperkara yang harus kita ingat, bahawa "Sesungguhnya Agama Islam itu mudah."
Wallahua'lam...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
machangman
|
 |
« Reply #3 on: May 08, 2007, 05:13:21 PM » |
|
saya adalah orang baru dalam falak on line ni, ni pun search secara terbabas.
bagi pentuan arah kiblat yang saya biasa buat adalah dengan menggunakan kaedah tidolit. Kaedah yang biasa di buat adalah dengan melakukan cerapan matahari bagi mendapat bearing mutamad. kemudian dapatkan longitud dan latitut tempat cerapan dan longitut dan latitut kaabah. dari situ dapat bearing ke arah kaabah. kemudian set kan tiodolit tersebut kepada bearing kaabah... Betul tak ustah
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
fluppy02
|
 |
« Reply #4 on: May 25, 2007, 02:53:15 PM » |
|
Boleh guna tiodolait, boleh guna bayang2 kalau berlaku istiwa' (matahari tegak betul2 atas kaabah) , namun kita di malaysia masih boleh guna kaedah bayang2 untuk menentukan kiblat, sbb kita berada hampir dgn garisan khatulistiwa (0)
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #5 on: October 02, 2007, 04:45:25 PM » |
|
kalau tentukan ikut bayang-bayng... agak menarik tu... cuma bagaimana kita pasti yang kiraan kita itu adalah betul dan tepat ?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mymoon
|
 |
« Reply #6 on: October 03, 2007, 11:09:29 PM » |
|
subuh tadi semasa ke masjid buruj orion di zenith. Saya terbaca kalau tak silap tiga bintang berderetan di pinggang Orion menunujuk ke arah kiblat. Nama2 pun bunyi arab. Boleh confirm ke mana2 sifu.
Selamat Hari Raya.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
MUZZAMIR
|
 |
« Reply #7 on: October 04, 2007, 11:23:08 PM » |
|
Ust din.. tolong terangkan sedikit tentang pengiraan arah kiblat mengikut bayang-bayang dan sejauh mana kebenaran tiga bintang di orion itu menunjukan arah kiblat.. dan terangkan sedikit tentang kaitan ilmu falak dalam astronomi, mungkin orang seperti saya terlupa akan ilmu falak hanya terus je mencerap tanpa melihat sejarah terdahulu...
Saya yang terlupa,
|
|
|
|
|
Logged
|
AmiR
|
|
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #9 on: November 16, 2007, 03:15:19 PM » |
|
ya boleh dikatakan semua kaedah yang kita pasti untuk membuat arah kiblat, semuanya betul. cuma bagaimana kita ingin dapatkan ketepatan sepertimana yang selalu dibangkitkan oleh ilmuwan teknikal. Sebab berdasarkan arah hadapan kita masih mempunyai kelonggaran dalam menentukan arah kita semasa solat. Adakah perlu sehingga masjid atau surau dibina semula dan kubur digali dan ditanam semula demi memastikan ketepatan arah kiblat ?? sama2 kita bincangkan.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
MUZZAMIR
|
 |
« Reply #10 on: November 16, 2007, 03:25:56 PM » |
|
Dalam maksud ust.din.. takkan sampai dalam kubur.. jadi apa peranan agensi yang lain dalam ilmu kiblat ini.. dan adakah setiap abad atau dekat boleh mengubah kedudukan arah kiblat kita.. ada tak mana mane jabatan yang membuat kajian pegerakan bumi setelah bumi terwujud berjuta-juta tahun yang lalu.. rasional nya dah banyak kali bumi ini kena bom, gempa bumi jadi sejauh mana tanah bumi kita tidak gelongsor atau tergelincir atau bergerak...
|
|
|
|
|
Logged
|
AmiR
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #11 on: November 16, 2007, 03:33:46 PM » |
|
betui jugak tuu... cuma harapnya kalau ada member kita kat sini yang berkecimpung dalam bidang teknikal boleh la kongsi maklumat.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mymoon
|
 |
« Reply #12 on: November 27, 2007, 09:24:36 PM » |
|
there is a long tradition of Muslim scientific research on the qibla or kiblat as the orang jawi would say. penentuan kiblat boleh di lihat dari sudut problem mathematical geography. http://moonsighting.com/qibla.htmlKajian telah di buat oleh al-Khwarizmi (780–850), al-Battani (858–929), Abu al-Wafa al-Buzjani (940–997), Ibn al-Haitham (965–1040), al-Biruni (973–1048), and al-Tusi (1201–1274). Kalau berminat sila baca artikel ini(very heavy reading) http://patriot.net/~abdali/ftp/qibla.pdfAllah telah memberi umat2 nya the Most Accurate MethodQibla direction from the sun: Every day, at a certain time the Qibla can be determined from the sun, either by facing it or by facing the shadow from it, or else there is a time when Qibla would be 90 degrees left or right of the sun. This time can be calculated for everyday for any desired location. http://www.icoproject.org/accut.html#qibKawan2 boleh tolong beritahu macam mana nak guna Qiblah world map. Sebab itu Islam suruh mengaji. cheers
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
abuqaw
|
 |
« Reply #13 on: December 20, 2007, 08:51:22 PM » |
|
setakat ni dua method yg saya rasakan adalah terbaik ialah mengikut berlakunya peristiwa istiwa' dan menggunakan 3 bintang kembar, iaitu mintaka, an Nilam dan an nitak...
|
|
|
|
|
Logged
|
abuqaw@2005
|
|
|
|
pakar
|
 |
« Reply #14 on: April 23, 2008, 11:36:58 AM » |
|
Assalaamu'alaikum.Ustadz semua yang saya ta'dzimi, hari arah kiblat sebentar lagi tiba, yakni tgl 28 Mei 2008 sekitar pukul 12.18 waktu Mekkah atau sekitar 17.18 waktu Kuala Lumpur. Kalau pada jam itu kita buat bayangan vertikal, maka itulah arah kiblat yang presisi. Berikutnya, ada cara lewat satelit, yakni melihat di http://www.qiblalocator.com, versi bahasa melayu mungkin bisa dikongsi kepada ustadz Ibnu Mas'ud. Kami sudah ada versi bahasa indonesia di http://rukyatulhilal.org/qiblalocator/Saya pernah melihat masjid Asy-Syakirin KL, kiblatnya alhamdulillah sangat presisi/tepat. Al Afwu minkum, al hamdulillah Wassalaamu'alaikumPak AR dari Indonesia http://blogcasa.wordpress.com/
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|