disclaimer: falak-online tidak terlibat secara langsung dalam pengambilan foto-foto suasana tersebut.

1. Mallincam Hyper Plus Colour.
2. Celestron Neximager.
Apa kelebihan nya dan adakah mudah di pelajari.
Muzzamir, perbezaan secara nyata antara kedua-dua alat ini ialah Mallincam ialah sebuah "integrated video" atau senang cakap sebuah video recorder (tapi ada ciri-ciri khas yang membezakan ia dari video kamera biasa), manakala Neximager ialah mirip kepada sebuah webcam (macam Toucam).
Daripada segi cara penggunaannya:Mallincam : Mempunyai video output (S-VIdeo dan Composite) , imej boleh diproses secara internal (dalam kamera itu sendiri) dan boleh dikeluarkan terus ke TV atau Projector yng boleh menerima input S-Video atau Composite, atau PC yang ada Video card
Neximage: Output menerusi USB , dan melalui perisian khas dalam Komputer. Tidak boleh keluar direct ke TV atau Projector. Image perlu diproses di dalam komputer untuk mencapai hasil yang baik.
Daripada segi objek yang dicerap:Mallincam: Kesemua range objek dari keadaan langit/Buruj (wide ange), planet-planet, komet, bulan, matahari sehinggalah ke deep-sky objects yang kelam-kelam tu.
Neximage: Objek yang cerah-cerah seperti planet, bulan, matahari.
Daripada segi harga:Mallincam: Agak mahal... tapi berbaloi.. tak percaya? cuba tanya mereka yang dah beli...

Nextimage: Lebih murah dan affordable.
Daripada segi "mudah untuk dipelajari"Kedua-dua memang senang nak belajar. Hasil imej bergantung kepada ke-kreatifan masing-masing.
Daripada mana nak beli:Mallincam: Boleh beli dari saya (dealership dapat direct dari pengeluarnya, Rock Mallin)

Nextimage: Online atau mungkin ada vendor yang boleh supply
Begitulah ceritanya....