Falak-Online Komuniti
November 22, 2008, 04:10:58 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 [2] 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Mukaddimah  (Read 14451 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540

shahgazer
View Profile
« Reply #15 on: December 12, 2006, 05:17:03 PM »

Kini, saya sudah bekerja, sebagai ahli pelayaran yang telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia, saya melihat dan merenung sepuas-puasnya keindahan langit malam di tengah lautan yang gelap dan luas itu. Pelbagai fenomena telah dapat saya lihat, galaksi, planet, cluster, nebula, meteor dan pelbagai lagi objek di langit. Cukup dahsyat apabila mendongak ke langit malam di tengah lautan, bintang-bintang bertaburan penuh memenuhi langit malam, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah, saya berasakan diri saya begitu kerdil dan lemah sekali, kadang-kadang saya menangis keseorangan melihatkan keindahan langit berbintang itu.

Assalamualaikum "Penyelamat Dunia"...

wow, menarik tu, ahli pelayaran. Pernah saya sekali bermalam di Pulau Aur dekat Mersing, masa tu menyaksikan gerhana matahari annular pd tahun 1998. Pada sebelah malam tu, langit memang clear sangat. Dan tak pernah saya menjadi saksi keadaan langit itu sebelum itu, dan sampai hari ini, tak de yang setanding keadaan malam tu....

memang langit penuh dengan RIBUAN bintang, malah bintang2 terlampau banyak sehinggakan buruj-buruj pun tak dapat saya kenal, pasal banyak bintang2 extra yang muncul!  shocked

Kalau tak silap Pulau Aur tu cukup jauh dari daratan, jadi tak de sebarang gangguan cahaya langsung dari bandar2 berdekatan....

Mungkin "Penyelamat Dunia" boleh cerita lebih sikit pengalaman mencerap di tengah lautan! menarik ni! Agak malang, saya ni bab-bab naik bot tengah laut memang saya surrender!! pening!!  afro

Quote
Kini, saya sedang berjinak-jinak untuk memulakan hobi astrofotografi, saya amat berminat dengan kamera digital DSLR Canon EOS 30D, adakah kamera ini bagus untuk astrofotografi?

haaa, kamera tu memang ok untuk astrofotografi, mungkin kamayok/tommy boleh bagi feedback bab ni, dia lebih pakar...  evil

-Shah-

Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15

View Profile Email
« Reply #16 on: December 13, 2006, 04:13:21 PM »

Terima Kasih kerana reply mesej saya,
Buat masa yang terdekat ini saya akan dipanggil semua berlayar tetapi pelayaran kali ini tak jauh, cuma sekitar Asia Tenggara sahaja. Ini memberikan kelebihan kerana saya boleh berhubung dengan keluarga dan senantiasa mengambil tahu perkembangan terkini negara.

Baiklah, saudara pengembara semesta, baru2 ini saya melawat Planetarium Negara dan ingin juga mencari teleskop jika ada dijual di sana tetapi agak malang Syarikat Infinity Infocus yang menjual teleskop sudah tidak beroperasi di situ lagi malah saya bertanya dengan pekerja-pekerja di situ mereka berkata bahawa syarikat itu sudah berpindah ke Petaling Jaya akan tetapi tidak diketahui di mana tempatnya?

Boleh sekiranya diberi maklumat dimana bole saya mendapatkan teleskop dan juga peralatan2 yang lain kerana saya sedang berusaha mengumpul wang ke arah itu, terima kasih.

Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
kamayok3
Guest
« Reply #17 on: December 14, 2006, 09:28:01 AM »

Hi Penyelamat Dunia,

Selain daripada Infinity Infocus, ada juga telescope dealer kat Malaysia yang famous. Mereka memang pakal dalam  bidang telescope and astronomi. Kalau ada masa, pergilah bersembang-sembang dengan mereka.

1. Stargazer Scientific S/B

BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT
LOT 11A, JALAN 3/155B, BUKIT JALIL,
57000 KUALA LUMPUR, W.P., MALAYSIA.

Telephone No. +603-8996 3378
Facsimile No.    +603-8996 3379

www.stargazer.com.my

Nama Owner ialah Bobby / Ms. Cho

----------------------------------------------------------------------------

2. Perseid Telescope & Binoculars

ADDRESS:
4-39, Kompleks Bukit Jambul,
Jalan Rumbia,11900 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia.

TELEPHONE:
(604) 646 4250 (office - 2:00 p.m. - 9:00 p.m.) / 649 5250 (home)

HANDPHONE:
(012) 423 2111 / (012) 431 7980

http://www.perseid.com.my/

Nama Owner: Mr. Lim / CK Lim

---------------------------------------------------------------------------
You boleh inform mereka that Saya (Tommy) yang kenalkan you kepada mereka. They all know me well. Mungkin Senang sikit. Smiley

Happy telescope hunting!

Regards,

Tommy

Logged
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15

View Profile Email
« Reply #18 on: December 18, 2006, 01:03:44 AM »

Terima Kasih saya ucapkan kepada anda Tommy

Stargazer Scientific, saya ada melawat kedainya petang tadi tapi tutup. Amat bernasib baik kedai ini dekat dengan kawasan tempat tinggal saya. Memang, ada banyak teleskop, binokular dan juga peralatan astronomi yang lain dijual disitu. Tapi, closed dan saya mendapat tahu tuan punya kedai sering ada aktiviti setiap minggu.

Walau apa pun terima kasih saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana memberi maklumat dimana kedai yang menjual teleskop, pemburuan teleskop idaman dan terbaik telah pun bermula. afro
Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
kamayok3
Guest
« Reply #19 on: December 18, 2006, 09:08:28 AM »

You are always welcome. Smiley

Tommy
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #20 on: December 19, 2006, 03:35:49 PM »

Penyelamat dunia,

Sudah jumpa Bobby/Ms. Cho? Dah beli telescope idaman u?

Tommy
Logged
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15

View Profile Email
« Reply #21 on: December 20, 2006, 01:57:22 AM »

Hello Tommy

Its nice to know you
I hope I can gain my knowledge from you.

Ok, sebenarnya saya masih belum berjumpa dengan Ms Cho lagi kerana plan saya untuk membeli teleskop dijangka tahun depan, jadi buat masa ini saya menimba pengetahuan sebanyak mungkin sebagai persediaan ke arah menjadi 'amateur astronomer'.

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.

Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Saya sudah jatuh cinta dengan teleskop MEADE Lightbridge 16" Deluxe disebabkan godaan aperturenya yang cukup tinggi. Di harap Tommy memberi penjelasan mengenai kemusykilan saya diatas.
Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15

View Profile Email
« Reply #22 on: December 20, 2006, 02:23:31 AM »

Oh ya, seperti diminta oleh saudara Shahgazer mengenai pengalaman saya memerhatikan bintang di laut lepas saya akan ceritakan serba sedikit mengenainya.

Ketika saya berada di lautan pada malam hari, suasananya gelap gelita. Hanya langit, air, angin dan objek-objek angkasa lepas menemani malam saya di atas anjung kapal mengemudi pelayaran.

Saya saksikan bintang-bintang penuh mengisi di segenap penjuru langit malam. Saya saksikan sendiri Pusat Bima Sakti kelihatan jelas dan menakutkan. Jalur-jalur Awan Magellan melintasi di tengah-tengah langit. Selain itu, saya saksikan hampir setiap jam akan terlintas meteor yang menerangi langit malam buat sesaat.

Cahaya bulan bersih bersinar megah dan anggun. Jupiter, Saturn, Mars dan Venus saya cerap dengan menggunakan binokular. Saya tersenyum sendirian kerana dapat melihat Venus dengan jelas melalui binokular.

Kadang-kadang, saya dapat juga melihat satelit yang sedang mengorbit Bumi. Cahayanya berkelip-kelip dan saya jangkakan satelit itu agak dekat. Mungkin melintas untuk mengambil gambar kapal yang saya naiki.

Kemudian, saya mengambil sekstan iaitu sejenis alat untuk menentukan posisi kapal di laut menggunakan objek-objek di langit. Sebenarnya saya tidaklah terlalu mahir menggunakannya kerana teknologi terkini iaitu GPS Receiver telah menggantikan Sekstan. Sekstan hanyalah 'requirement' asas yang perlu di bawa ketika pelayaran. Haha, disebabkan terlalu bergantung kepada teknologi menyebabkan kaedah tradisional ditinggalkan. Walau apa pun, saya tetap melatih diri saya agar menjadi lebih pakar menggunakannya jika berlakunya 'black out' di atas kapal kerana jika keadaan itu berlaku maka semua alat pelayaran elektronik tidak dapat berfungsi.

Jika saya berlayar jauh ke hemisfera utara, buruj-buruj bintang berbeza dengan apa yang saya lihat di khatulistiwa dan hemisfera selatan. Saya menggunakan buku Nautical Almanac untuk mengenali buruj-buruj bintang.

Sebenarnya, pelayaran dengan astronomi ada perkaitan. Pelayaran menggunakan objek-objek dilangit seperti bintang, matahari, bulan dan planet untuk menentukan arah. Saya sering mempraktikkan pengiraan menggunakan objek-objek di langit untuk menentukan ketepatan kompas kapal. Ia amat penting kerana di situ boleh diketahui samada kompas kapal (Gyrocompass) tepat atau sebaliknya. Ia dikira menentukan 'Deviation' dan 'Variation'.

Inilah serba sedikit kisah saya mengenai angkasa lepas di lautan.
Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540

shahgazer
View Profile
« Reply #23 on: December 20, 2006, 10:24:57 AM »

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.

Izinkan saya menyampuk sikit..  grin

Kedua-dua teleskop yang saya guna , 8" LX90 dan 10" Starfinder, saya beli dari Infinity Infocus. Oleh itu ia memang menjual teleskop jenama Meade, dan mereka juga kalau tak silap authorize distributor untuk Meade di Asia Pacific.

Kedai mereka di Planetarium dah lama tutup, kerana pengurusan Planetarium ada rancangan lain. Jadi mereka terpaksa tukar tempat ke kawasan kedai di Subang Jaya. Yang Petaling Jaya tu, ialah rumah En.Looi. Di Subang ialah kedai adik dia, En.Jerry. Alamat mereka saya tak ada pulak! Mungkin boleh hubungi mereka direct di 019-2216425 (Jerry) atau 012-2956331 (Looi), sebut nama saya "Shahrin", manalah tau dapat diskaun..  afro

Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?

Dari segi aperture 16 inch, memang sama saje di antara ketiga-tiganya, kalau ada perbezaan pun, sikit sangat untuk dikesan. Dan perbezaan ini bukan disebab saiz aperture, tetapi lebih kepada rekabentuk ketiga-tiga jenis ini yang berlainan.

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Saya pun berangan-angan dari dulu hendak memiliki teleskop saiz 16" . Tapi banyak isu-isu logistik perlu diambil kira, dan nampak gaya macam tak berbaloi.... buat masa ini!  tongue

Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Tak ada nak cuba menceburi video astronomi?  cool , rasanya kita tidak perlu sangat teleskop yang mempunyai mounting yang robotik untuk merakam imej-imej deepsky.  wink

...godaan aperturenya...

Aperture Fever....  evil

-Shah-
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
kamayok3
Guest
« Reply #24 on: December 20, 2006, 11:26:14 AM »

Hello Tommy

Its nice to know you
I hope I can gain my knowledge from you.

Ok, sebenarnya saya masih belum berjumpa dengan Ms Cho lagi kerana plan saya untuk membeli teleskop dijangka tahun depan, jadi buat masa ini saya menimba pengetahuan sebanyak mungkin sebagai persediaan ke arah menjadi 'amateur astronomer'.

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.

Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Saya sudah jatuh cinta dengan teleskop MEADE Lightbridge 16" Deluxe disebabkan godaan aperturenya yang cukup tinggi. Di harap Tommy memberi penjelasan mengenai kemusykilan saya diatas.

Hi Penyelamat dunia,

Infinity infocus Co memang ada jual MEADE telescope. Tetapi apa yang saya tahu ialah harganya memang lebih mahal berbanding dengan dealer lain. Owner syarikat ni ilaha Mr. Looi. Dia adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi di bidang telescope dan astronomy.

Saya juga tak pasti kat mana Infinity Infocus pindah. Kemungkinan besar ialah di Old town, PJ sebab Mr. Looi tinggal kat sana. Jadi mungkin dia menggunakan rumahnya sebagai Kedai telescope buat sementara.

Sebenarnya di dunia astronomi, kita mesti tahu mengenalpasti apakah maksud "amateur astronomer"?  Pada pendapat saya, amateur astronomer ialah seorang yang belajar pelbagai-bagai jenis subjek di dalam dunia astronomi semasa beliau masih muda lagi ataupun yang baru sahaja minat dalam bidang astronomi.

Jadi, apakah yang harus awak belajar supaya dapat menjadi seorang amateur astronomer? Jawapannya ialah, membaca buku yang berkaitan.....belajar macam mana nak mengenalpasti buruj-buruj.......mengetahui serba sedikit theori-theori astronomi......dan akhirnya, barulah beliau belajar memilih telescope yang sesuai dan bukannya idaman dan mahal pada permulaan.

Kebanyakkan amateur astronomer bermula dengan sepasang binokular. Binokular senang nak beroperasi dan juga senang untuk anda mengetahui benda-benda yang terang ataupun yang gelap sekali di langit malam. Maksud saya benda-benda yang terang ialah, bulan...planet....star clusters dan lain-lain lagi. Manakala benda-benda yang gelap ialah, galaksi...nebula...dan sebagainya. Siapa yang kata sepasang binokular tidak dapat melihat benda-benda di atas langit malam? Jawapannya ialah memang boleh!! Anda kena cubanya dengan mata sendiri.

Selepas anda dapat mengenalpasti sekurang kurangnya 20 buruj dan bintang bintang yang terang di langit malam, barulah anda fikirkan sama ada anda perlukan sebuah telescope ataupun tidak.

Process memilih telescope yang sesuai untuk sendiri adalah process yang paling penting sekali. Anda juga kena tanya sendiri beberapa soalan yang penting.

1. Apakah sistem telescope yang sesuai untuk saya? (INGAT: Bukannya telescope idaman ataupun yang mahal sekali)
2. Mengapa saya nak memilih sistem ni?
3. Apakah objectif saya supaya memilih sistem telescope ni?
4. Adakah sistem ini sesuai untuk digunakan dalam keadaan yang mempunyai pencermaran cahaya?
5. adakah sistem ini mudah dipindah ke sana sini?

Mungkin banyak lagi soalan yang akan muncul kemudian..........

Pada penday saya, telescope yang mempunyai large aperture memang bagus dalam menikmati langit malam. TETAPI, terdapat banyak aspek yang anda harus fikirkan. Salah satunya ialah:

1. keadaan cahaya di sekeliling tempat tinggal awak. Sedikit cahaya yang terang akan mengganggu anda membuat observation. Kecuali anda ingin pindahkan monster ni ke tempat yang memang gelap sekali......

Oleh itu, Visual astronomy merupakan salah satu subjek yang penting sekali di dalam bidang astronomy.

Dalam dunia teleskop, saya akan cuba classify kan untuk anda supaya anda dapat melihat dan mengetahui dengan  lebih teliti lagi.

Terdapatnya beberapa jenis telescope yang bukannya mahal dan senang untuk beginner operasikan.

1. Refractor
2. Reflector (Newtonian)
3. Cassegrain
4. Maksutov
4. Banyak lagi yang mahal punya tak perlu sebut la..... Smiley

Refractor memang sesuai untuk beginner dan amateur astronomer. Terdapanya long focal length refractor dan sort focal length refractor(Short tube). Refractor memang senang untuk transport ke sana sini. Lebih besar aperturenya, lebih tinggi kosnya. Jadi, saya akan recommend 80mm to 102mm untuk beginners. Telescope semacam ni sesuai untuk melihat planet dan juga deep sky objects yang terang.

Newtonian pula sesuai untuk melihat planet dan benda-benda sama ada terang ataupun gelap sekali. Saiz yang sesuai untuk beginners adalah 4.5 inch, 6 inch dan juga 8 inch. Harganya bukan mahal sangat dan kualitinya agak baik juga.

Cassegrain dan maksutov adalah telescope sistem yang compact sekali. Ia boleh di-classify-kan sebagai "all purpose telescope". Oleh kerana sistemnya yang compact sekali, jadi maintainancenya agak rendah seperti refractor juga. Sistem yang sesuai untuk beginner ialah 5 inch, yang baru-baru ni keluarnya 6 inch pulak, 8 inch. More than 8 inch can consider susah nak transport ke sana sini dan juga mahal. Jadi, fikirkan betul betul ni...

So, banyak lagi story ni.....sampai sini sahaja yang saya boleh terangkan. Kalau ada apa yang tak faham, bolehlah join kita dan belajar more and more before you buy anything.....

Selamat datang ke dunia astronomi.....

Regards,

Tommy

Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540

shahgazer
View Profile
« Reply #25 on: December 20, 2006, 01:32:56 PM »

wow Tommy, dahsyat penerangan ni! Boleh buat buku!  grin
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
kamayok3
Guest
« Reply #26 on: December 20, 2006, 01:40:20 PM »

Simply tembak saja!!!!! AHahaa Smiley

Hope this will help him..

Tommy
Logged
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15

View Profile Email
« Reply #27 on: December 20, 2006, 11:06:41 PM »

Terima Kasih dengan penerangan anda Mr Tommy.
Saya gembira kerana dialu-alukan kedatangan saya ke dunia astronomi. Saya berharap Mr Tommy menjadi guru kepada saya dalam mendalami ilmu pengetahuan astronomi dan astrofotografi yang saya cintai sejak kecil lagi. Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya belajar dan belajar.

Setelah membaca penerangan anda membuatkan saya bersemangat untuk memulakan langkah pertama menjadi 'amateur astronomer and astrophotographer' smiley

Saya sudah pun berjumpa dengan tuan punya Syarikat Infinity Infocus iaitu En Looi di rumahnya di PJ. Saya berbincang dengannya mengenai teleskop dan ternyata dia satu-satunya wakil penjual teleskop MEADE di asia tenggara.
Saya juga sudah berjumpa dengan Mrs Cho Su Fen di Stargazer Scientific di Bukit Jalil dan saya berminat untuk mengetahui astrofotografi daripadanya. Mrs Cho juga menjual barangan teleskop yang tidak kurang hebatnya. Sama-sama hebat kedua-dua syarikat ini.

Baiklah, langkah pertama saya ialah, saya telah pun mendapatkan 'Constellation Chart' dan buku 'Encyclopedia of Space'. Saya ingin mempelajari selok belok astronomi asas daripadanya. Saya mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang buruj-buruj bintang di langit. Soalan saya ialah, apakah faedah yang akan diperolehi dengan mengetahui buruj-buruj dan nama-nama bintang di langit ini? Yang saya nampak, jika kita mengetahui buruj-buruj dan nama bintang mudah lah nanti untuk mengetahui kedudukan planet, komet, asteroid dan lain-lain lagi jika melakukan pencerapan secara manual tanpa menggunakan sistem GOTO yang terdapat pada teleskop.

Saya juga ingin bertanya mengenai teleskop paling asas untuk astrofotografi. Soalan saya ialah, saya menggunakan kamera DSLR Canon EOS 30D, untuk mengambil gambar 'deep sky' benarkah teleskop yang memiliki keupayaan 'Focal Ratio' f/5 ke atas atau 1000 mm ke atas adalah yang 'ok' untuk astrofotografi?

Harap di jelaskan.Thank You.

Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
kamayok3
Guest
« Reply #28 on: December 21, 2006, 10:23:38 AM »

Hi Penyelamat Dunia,

You are always welcome. Saya hanya melakukan apa yang harus saya buat. Glad to hear that you dah jumpa dengan mereka. Tujuan Stargazer adalah menumpuk perhatian kepada beginners. Manakala Mr. Looi is more to Amateur dan professional. Jadi, tujuan mereka adalah tak sama.

Di bawah merupakan soalan-soalan yang anda tanya, jadi saya akan memberikan jawapan dengan perkataan dan experience saya sendiri.

1. apakah faedah yang akan diperolehi dengan mengetahui buruj-buruj dan nama-nama bintang di langit ini?

A: Memang ada faedahnya. Dengan mengetahui nama-nama buruj dan bintang di langit, anda boleh mengetahui musim dan arah dengan senang sekali. Selain daripada itu, kesemua benda-benda gelap ataupun terang di langit sebernarnya sembunyi di dalam buruj-buruj yang berkenaan. Jadi, dengan memahami pergerakan buruj-buruj dan nama bintang terang, kita dapat menggunakan telescope untuk mencari galaksi, nebula dan star cluster yang terdapat di dalam buruj-buruj atas lagin malam. Dari segi astrophotography pula, Saya akan menggunakan bintang-bintang yang terkenal ataupun yang terang sekali untuk "Drift Alignment" supaya Equtorial mount saya dapat mengikut perjalanan bintang-bintang dengan tepat sekali.

Bagi saya, saya lebih suka secara manual. Cara-cara manual memang ada kebaikan dan keburukannya. GOTO lebih  baik jikalau digunakan di public observation ataupun sekolah-sekolah sebab pencemaran cahaya yang dashyat sekali di sekeliling. Abang Shah adalah salah satu GOTO man di forum ni. Mungkin anda boleh tanya dia serba sedikit tentang GOTO. Smiley

2. teleskop paling asas untuk astrofotografi?

A: Semua telescope memang boleh digunakan untuk astrophotography. Hanya tekniknya yang paling penting. Astrophotography adalah satu subject yang memerlukan banyak masa dan tenaga serta kesabaran yang tinggi sekali. CCD teknologi semakin canggih pada masa kini. Jadi, tak banyak orang yang ingin mencuba film dalam astrophotography lagi. Saya masih lagi menggunakan film. Memang ada kebaikan dan keburukan dalam film astrophotography. Sama sekali dengan CCD astrophotography...... Jadi, ada satu lagi consideration yang paling penting dalam astrophotography iaitu mount. Selain daripada telescope, mounting just memainkan peranan yang penting dalam process astrophotography. Anda kena memilih mount yang sesuai sekali tetapi tak perlu yang mahal-mahal sekali. Apa kegunaannya? Saya sudah memberi jawapannya di soalan yang atas iaitu mengikut bintang/axis dengan tepat sekali.

3. Anda menggunakan kamera DSLR Canon EOS 30D, untuk mengambil gambar 'deep sky' benarkah teleskop yang memiliki keupayaan 'Focal Ratio' f/5 ke atas atau 1000 mm ke atas adalah yang 'ok' untuk astrofotografi?

A: Pada masa kini, CCD teknologi semakin canggih dan sensitif. Jadi, soalan focal ratio tak lagi menjadi masalah dalam astrophotography. Saya akan cut short this answer...

Macam mana nak dapat tahu focal ratio?

Dengan formula ni :           focal length(mm)
                             _______________________
                   
                             objective diameter lens(mm)

f/4 ~ f/6 memang baik untuk wide field dan shorter masa exposure dalam astrophotography. Scope sebegini memang bagus untuk mengambil gambar, komet...galaksi....nebula...star cluster.

f/8 ~ f/10 memang baik untuk high power astrophotography seperti planet, center core of globular cluster dan lain lain lagi. Tetapi, masa exposure nya akan lebih panjang sedikit jikalau berbanding dengan scope yang mempunyai f/4~f/6.

 >f/10 dikira sebagai maksutov system. Image nya lebih detail dan jelas tetapi contrast nya akan kurang. Sesuai untuk planet, moon, star clusters dan lain lain lagi.

Harap jawapan tersebut dapat membantu anda.

Regards,

Tommy

Logged
sufi
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1

View Profile
« Reply #29 on: April 18, 2007, 11:40:35 AM »

Salam,saya minat juga mahu tahu tentang astronomi,harap dapat lah saya kaji dari sini...salam. grin
Logged

Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang
baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika
benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah” [Al-Baqarah : 172]
Pages: 1 [2] 3   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.208 seconds with 19 queries.