|
botok
|
 |
« on: September 24, 2004, 03:15:18 PM » |
|
A'kum Shah,
Tumpang tanya skit, biasanya shah beli peralatan cerapan ni kat mana? Ada mana2 kedai yang boleh shah bagi panduan. Saya ada berminat untuk mencari samada telescope (ataupun mungkin binocular yang bagus untuk permulaan).
Ada juga baca panduan yang kalau nak beli telescope ni kene berhati2. Biar beli yang bermutu terus dari beli yang murah dan kurang bermutu.
Sila Komen.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #1 on: September 24, 2004, 05:07:22 PM » |
|
A'kum Shah,
Tumpang tanya skit, biasanya shah beli peralatan cerapan ni kat mana? Ada mana2 kedai yang boleh shah bagi panduan. Saya ada berminat untuk mencari samada telescope (ataupun mungkin binocular yang bagus untuk permulaan).
Ada juga baca panduan yang kalau nak beli telescope ni kene berhati2. Biar beli yang bermutu terus dari beli yang murah dan kurang bermutu.
Sila Komen. Waalaikumsalam . Saya beli peralatan saya tu dari dealer bernama Infinity Infocus. Kedai dia ada di Planetarium Negara, KL. Tuan punya kedai, En.Looi tu , kira berpengetahuan luas dlm astronomi, maknanya dia bukan sekadar jual teleskop (macam kedai-kedai kamera yang ada jual teleskop), jadi selok-belok teleskop dan cara nak guna dlm visual astronomi memang bagus. Dari segi harga memang agak mahal, tapi yang bagusnya after sale service dia memang tip top. Antara panduan yang saya boleh bagi, mulakan dengan beli Binokulars dulu! Jangan terburu-buru beli teleskop. Binokulars akan dapat membantu kita jauh lebih efektif berbanding teleskop kerana medan penglihatannya luas, senang nak compare objek yang dicerap dengan carta bintang. Lagi satu, Binokulars ini jauh lebih murah. Jadi tak perlu ikat perut nak beli alat yang mahal-mahal. Kemudian, Binokulars begitu senang hendak guna, tak perlu buat sebarang preparation stp teleskop. Bawa keluar dari beg-nya, kemudian hala pada objek yang hendak dicerap, kemudian fokus. Itu saja! Berbalik kepada panduan membeli teleskop tu, memang benar kita kena berhati-hati. Silap beli , terus berkubur hobi kita ini! sdra botok , minat hendak cerap objek jenis apa? Soalan itupun akan memberi kesan ke atas jenis teleskop yang hendak dibeli.
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
botok
|
 |
« Reply #2 on: September 24, 2004, 05:56:36 PM » |
|
Saya masih lagi baru dalam bidang ni walaupun minat tu dah lama. Sejak ada internet ni baru boleh bergerak skit minat tu. Mungkin saya bercadang untuk membeli binocular dahulu. Mahirkan diri untuk mencerap baru pergi lebih jauh. Dari apa yang saya baca bino yg bagus untuk cerapan adalah jenis yg apature yg besar (jumlah cahaya yg masuk lebih tinggi) dan pembesaran yang kecil/sederhana (untuk field view yang lebih luas). Adakah 5x70 mencukupi? Ada jenis binocular yang shah boleh cadangkan kepada saya? Shah pernah dengar kedai yg bernama Stargazer Scientific? Ada apa-apa komen? Baru-baru ini ada terbaca dekat www.lelong.com.my ada yang menjual 3" Reflector with equitorial mount dengan harga rm400.00 cukup murah. Tetapi hati saya berkata saya perlu berhati-hati dan bertanyakan pendapat dahulu. p/s : UPM dulu tahun berapa? Saya tahun 1990-1997. Fakulti Pertanian, Kolej 7 dan Desa Serdang.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #3 on: September 24, 2004, 07:04:34 PM » |
|
5 X 70 tu kira OK. Tapi magnification 5X tu agak kecil untuk dapat lihat objek dengan lebih detail. Paling tidak, cuba dapatkan bino yang range magnification-nya antara 7X hingga 10X. Aperture 70mm tu memang kelas! Tapi saya rasa kalau guna 5X sahaja, agak under utilized bino jenis tu. Stargazer Scientific memang kenal benar tuan punya kedai tu. Tapi tak pernah beli apa-apa dari mereka. So tak leh nak komen sangat. Yang saya dapat tahu mereka memang jual banyak range jenama teleskop di situ dengan harga yang agak 'rendah'. Cuma dari segi after sale service saya tak tahu.... yang En.Looi tu memang saya berani komen pasal berurusan dengannya sejak 1987 lagi! Jangan terburu-buru terus beli kat lelong tu. Kena tengok sendiri jenis-jenis teleskop yang ada baru boleh decide. Yang tu jenis jenama apa? Teleskop sekecil 3" untuk jenis Reflector saya rasa memang tak berbaloi! Walau apa pun memang kena tengok dulu teleskop tu depan mata , test kualiti baru boleh komen.. Wahhh.. geng UPM gak? Entah-entah pernah teserempak..hehe.. saya tahun 1992-98, Comp Science, 3 tahun pertama duduk 6th, lepas tu duduk Desa Serdang gak!!! Flet blok yang tengah-tengah (tak ingat nombor ... ) 
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
botok
|
 |
« Reply #4 on: September 24, 2004, 07:54:29 PM » |
|
Kalau boleh shah boleh bagi anggaran julat harga untuk binocular yg baik. Boleh budget-budget nanti. P/s : Memang pernah terserempak la kot dah duduk satu blok, Blok E Desa Serdang, saya rumah 501. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #5 on: September 24, 2004, 08:40:46 PM » |
|
Budget bino tu , boleh dapat yang murah-murah , area rm150 dan boleh sampai area beribu-ribu!!! Semua bergantung pada jenama. Kalau yang kat kedai En.Looi tu, ada jual yang low-end, harga area ratus-ratus.. (tak ingat exactly, mungkin antara 300 hingga 500 kot), pernah test, nampak gaya kualiti memang OK. Bino pertama saya, beli kat kedai kamera je ...rm 150/- hehehe... tapi kena check sendiri ( ada kaedah nak check samada bino tu ok atau tidak ), tanya orang kedai tu memang tak payah sangat...tahu jual je... Then beli jenis Vixen 9X63 dari Looi ... yang ni memang best ...image yang hasil sungguh jelas!! harga pun "best"... rm1500/- 
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
botok
|
 |
« Reply #6 on: October 14, 2004, 10:32:41 AM » |
|
A'kum Shah,
Beru-baru ini saya pergi ke showroom Infinity di Planetarium Negara tetapi malangnya ditutup pada hari bekerja cum buka pada hari minggu. (Saya cuma berada di KL pada khamis hingga sabtu). Ternampak dekat showroom tu satu Reflector Telescope dari Meade 5" bersama equitorial mount. Harga RM980.00 rasanya agak menarik. Minta pendapat Shah.
Saya sudahpun membeli binocular Celestron Skymaster 15x70 cuma tunggu sampai jeh. Tetapi rasanya terpaksa la membeli tripod kerana magnificationnya hingga 15x.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
rizal
|
 |
« Reply #7 on: October 15, 2004, 12:40:31 PM » |
|
Assallamualaikum shahgazer, Saya pun newbie dalam bidang ni tapi memang sangat berminat dalam astronomi. Baru2 ni saya beli Tasco 114mm dari ebay dengan harga rm423 2nd hand  ini gambarnya. Saya rasa ianya refecting telescope (barangnya tak sampai tunggu adik saya balik dari UK) Nak tanya apa yang kita perlukan untuk astrography ? Yang saya baca saya perlukan telescope adapter untuk kamera SLR ..tapi adakah ia proprietary dan tak standard kepada telescope yang kita beli? Berapa range harganya kat Malaysia? Terima kasih.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #8 on: October 15, 2004, 06:48:23 PM » |
|
A'kum Shah,
Beru-baru ini saya pergi ke showroom Infinity di Planetarium Negara tetapi malangnya ditutup pada hari bekerja cum buka pada hari minggu. (Saya cuma berada di KL pada khamis hingga sabtu). Ternampak dekat showroom tu satu Reflector Telescope dari Meade 5" bersama equitorial mount. Harga RM980.00 rasanya agak menarik. Minta pendapat Shah.
Saya sudahpun membeli binocular Celestron Skymaster 15x70 cuma tunggu sampai jeh. Tetapi rasanya terpaksa la membeli tripod kerana magnificationnya hingga 15x. W'salam...and Selamat Berpuasa... Memang kedai tu bukak on weekends, Kalau weekdays kena buat appointment, baru tuan punya kedai datang. Teleskop reflector 5 inch tu, kalau dilihat dari segi aperture memang ok. And kalau botok dah biasa guna equatorial ok gak tu. Masalahnya, jika kita tak biasa guna equatorial mount, memang susah nak biasakan cara penggunaannya. Malah boleh jadi sampai kita naik fed up. Tapi once dah berjaya membiasakan diri, equatorial memang bagus, pasal ia dapat membantu kita 'track' objek yang bergerak di langit dengan begitu mudah (hanya perlu gerakkan satu paksi sahaja). Kalau ada duit sikit nak invest, cuba consider beli yang Meade DS series, kira low-end bagi jenis computerized. Kalau tak silap kedai tu ada jual yang saiz 5 inch, siap motor and computerized (Autostar) dengan harga area rm2000. Senang pun memang senang nak guna wahhhh...kalau sampai 15x70 tu kira best!!! And memang betul kena guna tripod, kalau tidak habis bergegar imej yang terhasil...pening!!
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #9 on: October 15, 2004, 06:59:41 PM » |
|
Assallamualaikum shahgazer, Saya pun newbie dalam bidang ni tapi memang sangat berminat dalam astronomi. Baru2 ni saya beli Tasco 114mm dari ebay dengan harga rm423 2nd hand
Saya rasa ianya refecting telescope (barangnya tak sampai tunggu adik saya balik dari UK)
Nak tanya apa yang kita perlukan untuk astrography ? Yang saya baca saya perlukan telescope adapter untuk kamera SLR ..tapi adakah ia proprietary dan tak standard kepada telescope yang kita beli? Berapa range harganya kat Malaysia?
Terima kasih. Waalaikumsalam Rizal, Masalah dengan adapter kamera ni ialah, lain jenama lain jenis, so memang payah nak jumpa adapter yang one size fits all!! Dan pernah saya cuba cari adapter untuk kamera Mintron saya, C-mount to Lens kamera jenis Minolta, puas pusing sana sini kat KL dan PJ, tak jumpa, last last beli kat internet!! Website yang saya beli tu ialah http://webcaddy.com.au/astro/adapter.htmCuba tengok , mana tahu mungkin ada yang sesuai...
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
rizal
|
 |
« Reply #10 on: October 20, 2004, 03:50:04 PM » |
|
shahgazer, Terima kasih sudi membalas soalan saya. Satu lagi soalan tentang fungsi GOTO yang ada pada teleskop. Pada pengalaman anda adakah ia benar2 membantu atau lebih sesuai untuk newbie dalam astronomi? Adakah ia banyak membantu? Satu lagi tentang harga teleskop . Saya tengok harga teleskop kat Malaysia ni berlipat kali ganda dari harga di US dan UK. Saya banyak tengok di Ebay UK contohnya kadang 6" newtonian boleh dapat below RM1k atau maybe awal RM1k+ dibandingkan di Malaysia at least rm2k+ itu yang saya lihat di laman web STARGAZER. Tengok kat majalah Astronomy pun branded telescope macam Meade ETX-125AT USD795 berbanding dengan harga yang saya dapat dari kedai di Malaysia hampir mencecah rm5k. Agak2 mahal tak kalau kita beli di Singapura? Satu lagi tahniah atas wujudnya laman ni. Saya memang kagum dan insyaallah saya akan promosikan kepada ahli2 laman web saya di www.ittutor.net . Kerana target saya nak galakkan2 adik2 kita agar cintakan ilmu sains.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #11 on: October 22, 2004, 05:57:48 AM » |
|
Assalamualaikum sdra Rizal.. Saya bermula belajar langit malam dengan cara manual. Antara teropong yang pertama ialah jenis Dobsonian, saiz 10inci. Masa tu, teleskop GoTo belum famous sgt pasal mahal! Jadi, nak tak nak terpaksa guna kaedah manual utk cari objek, iaitu guna peta bintang dan cara star-hopping. Memang meletihkan, tapi yang bagusnya, kita akan dapat kenal & cam kawasan langit dengan lebih banyak. Seumpama macam kalau kita drive sendiri kereta, kita pasti akan kenal selok-belok jalan raya, berbanding kalau kita jadi penumpang, kadang-kadang sedar-sedar je dah sampai...kita tak ambik kisah sgt pasal jalan sekeliling kita. Cuma problemnya...masa. Untuk jumpa sesuatu objek sometime memang lambat. Kalau guna Goto, picit je nombor objek tu, pretttttt terus sampai! Memang membantu dari segi, kita jimat masa mencari, dan lebih tumpu kepada memerhati objek yang dicari. Either way, masing-masing terpulang kepada tuan punya diri. Pasal harga teleskop kat msia mahal-mahal, saya pun tak pasti kenapa jadi camtu. Tapi pernah borak dengan tuan punya kedai Infinity Infocus, en.Looi , dia kata selalunya yang mahal pasal kena tax....tak tau ler... Kalau kat Singapore, saya tak pasti lak pasal tak pernah survey kat sana. Cuma antara advantage beli teleskop kat sini, apa-apa hal kalau rosak atau nak modify, dia punya distributor dah ada di sini. Kalau beli oversea payah sikit. oo...sdra part of team www.ittutor.net lah yek.. pernah gak surf ke sana. Tnx lah kalau nak tolong promote... memang saya pun sendiri target setiap talk astronomi yg saya buat tu supaya adik-adik yg dtg mula rasa minat terhadap bidang astronomi dan benda-benda yg ada di langit malam.. Mungkin laman web kita ni boleh buat cross-function, pasal astronomi ni tak lari dari menggunakan komputer .... kalau somehow kita boleh buat camni baru pengunjung akan dpt manfaat..  Saya pun sebenarnya baru je ada masa nak explore phpbb ni, bila dah ada masa baru sempat nak try try... masih budak baru bejalar... hehe 
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
rizal
|
 |
« Reply #12 on: October 22, 2004, 10:13:02 AM » |
|
Assallamualaikum shahgazer, Terima kasih sudi reply. Saya pun sebenarnya tak pernah sentuh teleskop lagi cuma sibuk membaca bahan rujukan dan internet dok tunggu teleskop saya sampai raya nanti.. Betul jugak cakap shah pasal GOTO , mudah dan banyak membantu tapi rasanya a good start kalau guna manual dulu yek. Baru2 ni saya mintak quotation dari 2 kedai :- Trifid Optics dan Stargazer ini harga GOTO mereka Celestron Advanced Series C6N-GT 6" Computerized Telescope =RM5,100 Celestron Advanced Series C8N-GT 8" Computerized Telescope =RM6,000 Celestron Nexstar 130GT 5" Computerized Telescope =RM2,900 Meade ETX90 with autostar & tripod : RM3800 Meade ETX105 with autostar & tripod: RM4750 Termenung skejap saya tengok harga tu, so delay dulu hajat nak beli GOTO walaupun ada minat  Pasal ITTutor.net memang saya co-founder nya. Sekarang dah banyak ahli ingat nak kembangkan lagi cabangnya kepada astronomi dan juga electronics dan later maybe biotech? Sebenarnya saya kagum dengan mat salleh cara diaorang memupuk minat anak2 mereka dengan sains. Mostly tengok kat ebay ramai yang membeli teleskop , mikroskop untuk anak2. So bagi saya kalau nak compete dengan depa dalam teknologi dan sains at least kena on par dengan cara mendidik anak2 kita. Dedahkan mereka dengan semua ni la.. Insyaallah nanti kita boleh kerjasama erat lagi. For a start nanti saya akan promosikan Falak-Online ni di ITTutor.net. Nak mintak kebenaran paste artikel dari sini ke ITTutor.net boleh? Atau shahgazer ada banner yang saya boleh letak di ITTutor.net? Terima kasih.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #13 on: October 23, 2004, 05:15:19 PM » |
|
Assalamualaikum sdra Rizal, Berkenan jugak tengok dlm ittutor ada yg minat on electronics, pasal saya pun ada teringin gak nak belajar, cuma masa dan sumber info je kekurangan. Pasal apa, dalam astronomi pun, kalau kita lihat mat saleh, depa bukannya suka sgt beli off the shelf punya teleskop, depa lebih suka buat sendiri! Dan tu memerlukan kecekapan dlm bidang bertukang, motor and some electronics, jadi memang tak leh nak lari jauh ler.. OK. no problem kalau nak paste artikel dari sini. Ilmu ni untuk semua! Tnx lah kalau nak bantu promote, setakat ni memang tak de lah banner yg proper utk Falak-Online, tapi boleh buat.... nak saiz apa?
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shahrin- Founder FalakOnline Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
|
|
|
|
rizal
|
 |
« Reply #14 on: October 29, 2004, 04:24:50 PM » |
|
Assallamualaikum shah, Saya dah create satu forum Astronomi di ITTutor.net cuma takde masa nak promote lagi. Ada satu direct link ke Falak Online di situ .. nampak memang ramai peminat kat sana.. tengoklah nanti kalau you ada organize aktiviti boleh kita orang join belajar sama.
Recently saya beli buku "The Backyard Astronomer's Guide" yang saya rasakan buku terbaik untuk beginners macam saya ni. Menarik .. bertambah semangat nak belajar.
Nak tanya pasal kamera.. OK tak vixen punya kamera ? Ada juga baca orang rekomen pakai zenit .. Untuk digicam saya baca SONY F707 pun agak popular.. any idea..
Pasal banner tu.. saiz macam yang kat depan tu OK jugak..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|