Falak-Online Komuniti
November 22, 2008, 04:30:09 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 [2]   Go Down
  Print  
Author Topic: Peralatan cerapan  (Read 5377 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
perseid
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 63


View Profile WWW
« Reply #15 on: November 03, 2004, 10:40:04 AM »

Hello Semua,
Saya CK Lim dari Pulau Pinang. Saya baru join hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada shah sebab berjaya mencipta forum ini,  sebab saya rasa forum ini sangat baik kepada semua yang minat astronomi.
Saya adalah ahil Kelab Astronomi USM. Dah lama saya minat bidang ini. Masa itu, kerana susah nak dapat teleskop, kenalah buat sendiri. Nasib baik jumpa penasihat kelab astronomi USM yang dapat bantu.
Saya nak beri komen sedikit. Teleskop di Malaysia memang mahal. Harganya tinggi sebab kos pengangkutan dan tax. Lagipun vendor mesti tambah harga sebab benda ini bukannya laris macam jual ubat gigi. smiley
Tapi saya rasa kebanyakkan kedai teleskop di Malaysia jual terlalu mahal kerana nak mengaut keuntungan lebih.
Teleskop yang murah ada juga. Tapi mutunya lazimnya tak baik. Contohnya teleskop yang dijual melalui kad kredit. Harganya ~RM700. Teleskop begini, kami panggil "toy teleskop". Tak boleh guna langsung.
Sebabnya
1) kanta tak berkualiti. Diperbuat dari plastik dan mutu rendah. Saiznya macam saiz binocular.
2) kaki tripod yang kecil dan tak stabil. Terlalu peka kepada getaran
3) susah nak cari object kerana mountingnya jenis spring/geseran
4) kanta mata yang tak berkualiti dan bersaiz 1 inci. Saiz biasa 1.25 inci.
5) banyak lagi.....
Macam shah kata, beli binokular dulu. Kebanyakkan orang ingat kalau minat astronomi, kena beli teleskop. Binokular sebenarnya macam teleskop kecil. Boleh lagi tengok melalui kedua-dua mata dan harganya murah. Dengan bino, boleh lihat planet musytari dengan empat bulannya, kelompok bintang, galaksi andromeda, dan sebagainya.
Pasal teleskop goto, saya tak syorkan. Nak guna tak semestinya senang. Kena buat sedikit alignment. Selalunya kena tujukan teleskop ke arah bintang tertentu untuk buat alignment. Kalau tak tahu bintang, macam mana nak buat alignment? Lagipun kena guna kuasa bateri. Kalau bateri flat, teleskop tak boleh guna langsung.
Kalau nak teleskop dan binokular, boleh contact saya. Saya ada kantau dapat peralatan begini.

sekian
Logged
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


View Profile
« Reply #16 on: November 03, 2004, 01:22:47 PM »

Hi CK Lim,

Berminat juga dengar yang kamu ada menjual peralatan astronomi ni. Macam mana cara nak hubungi kamu? Kalau boleh tengok katalog dulu OK juga.
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #17 on: November 03, 2004, 09:45:36 PM »

Hello Mr.Lim!

Tak sangka Lim terjumpa forum ini!  Cheesy  Walaubagaimanapun terima kasih kerana sudi join sekali. Mungkin masa di Penang dulu, kita sempat jumpa dan berbual sekejap sangat! (masa pencerapan komet NEAT & LINEAR di Pantai mana tah..tak ingat! ) , tapi dalam forum ini kita boleh terus menerus bertukar idea dan fikiran dalam memajukan astronomi di Malaysia!  wink

Dengar cerita 14-16 Jan nanti, USM akan menganjurkan Star Party yang besar! Betul ke?

BTW, kalau ada rakan dari Kelab Astronomi USM yang berminat join forum ini, saya amat alu-alukan!
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
perseid
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 63


View Profile WWW
« Reply #18 on: November 03, 2004, 11:24:58 PM »

Botok,
Anda bolehlah hantar request katalog kepada saya kat
perseid@streamyx.com.
Tak berapa sesuai jika saya post kat forum ini.

Shah,
Saya tak sangka saudara ada datang ke P. Pinang masa tengok komet. Memang saya ada kat pantai di hadapan Hotel Rasa Sayang. Adakah saudara datang dengan kumpulan dari planetarium?
Selepas membaca dengan lebih teliti, kemungkinan besar, saya pernah bertemu dengan saudara di Sabah pada 1995. Masa tengok gerhana matahari.  Saya join group En Looi.
Memang USM akan menganjurkan star party "terbesar" pada 14-16 Jan 2005. Targetnya nak dapat kurang-kurang 200 perserta bersama dengan teleskop sekali. Mintak Malaysian Book of Record bersama.
Jadi, semua pengunjung forum ini dijemput datang beramai-ramai ke Pulau Pinang pada hari-hari tersebut.
Saya juga berharap dengan usaha Shah, forum ini dapat jadi forum utama ahli astonomi di rantau ini.
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #19 on: November 04, 2004, 11:49:55 AM »

Quote from: perseid

Shah,
Saya tak sangka saudara ada datang ke P. Pinang masa tengok komet. Memang saya ada kat pantai di hadapan Hotel Rasa Sayang. Adakah saudara datang dengan kumpulan dari planetarium?


Yup, team Planetarium ada jemput saya sekali dan sayalah yang tunjukkan video imej komet NEAT yang diambil menggunakan Mintron 12V1-EX di Tanjung Bidara.

Quote from: perseid
Selepas membaca dengan lebih teliti, kemungkinan besar, saya pernah bertemu dengan saudara di Sabah pada 1995. Masa tengok gerhana matahari.  Saya join group En Looi.


Cool  yang tu saya tak berkempatan pergi! Dapat cerap dari PJ sahaja, itupun partial. Tapi saya ada join group En.Looi ke Pulau Aur semasa Annular eclipse pada tahun 1998.

Quote from: perseid
Memang USM akan menganjurkan star party "terbesar" pada 14-16 Jan 2005. Targetnya nak dapat kurang-kurang 200 perserta bersama dengan teleskop sekali. Mintak Malaysian Book of Record bersama.
Jadi, semua pengunjung forum ini dijemput datang beramai-ramai ke Pulau Pinang pada hari-hari tersebut.


Menarik tu! Bagaimana cara hendak sertai sekali star party tu? Fees? etc etc. Kalau saya free, besar kemungkinan saya pun akan ke sana juga.

Quote from: perseid
Saya juga berharap dengan usaha Shah, forum ini dapat jadi forum utama ahli astonomi di rantau ini.


 cheesy
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
perseid
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 63


View Profile WWW
« Reply #20 on: November 04, 2004, 01:21:22 PM »

Oh, saya ada lihat gambar NEAT di skrin di tepi pantai. Saya tak tahu Shah yang ambil.
Pasal star party, masih dalam perbincangan. Saya rasa tak kena fee-lah. Kalau fee, siapa nak serta.
Saya ada serta meeting mereka. Kalau ada apa-apa update, saya akan post kat forum ini.
Kami akan cuba buat pelbagai pertandingan. Ada pertandingan astrofoto, cari objek messier, roket air, dan sbg.
Gerenti menarik.
Logged
al-siput

Offline Offline

Posts: 1

al_siput
View Profile
« Reply #21 on: November 13, 2004, 07:43:12 AM »

rizal..
kasik link kat ittutor tu..
lama dah tak jenguk kat sana..

kalo dapat sambutan bleh jugak nak letak kat putera.com / putera.net nih..
 tahukan site putera?
Logged
rian mualfan
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 4


cosmos

rian_mualfan2000
View Profile WWW Email
« Reply #22 on: January 04, 2007, 02:44:49 PM »

exampel
Logged
Pages: 1 [2]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.259 seconds with 19 queries.