Falak-Online Komuniti
November 22, 2008, 03:03:05 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Memburu Teleskop Idaman - (Siri 1 - Apa yang mahu dicerap?)  (Read 4409 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« on: October 10, 2004, 12:22:17 AM »

Melibatkan diri di dalam hobi yang bernama astronomi , sekali imbas tidaklah  begitu kompleks. Kita hanya perlu tahu objek apakah yang sedang muncul di langit pada waktu ini, dan boleh 'menunjukkan' kepada rakan anda objek tersebut dengan rasa penuh yakin! Untuk melakukan ini, kita tidak perlu membeli sebarang peralatan astronomi. Kita hanya perlu pandai menggunakan mata kita sebagai alat bantuan mencerap dan ilmu yang dipelajari sebagai navigator atau panduan arah.

Namun, 10 tahun kebelakangan ini, dengan berkembangnya teknologi teleskop, kita akan mudah rasa bingung dan tidak tahu teleskop jenis apa yang harus dibeli yang dapat menunjukkan 'semua' objek idaman anda. Di sinilah, vendor-vendor teleskop memanipulasi 'idaman' orang ramai dengan menyediakan pelbagai jenis teleskop. Dan jika tidak berhati-hati, kita sebagai pengguna akan mudah terperangkap dengan kata-kata 'marketing' yang disediakan.

Bagi saya, pengalaman hampir 20 tahun bermain-main di dalam bidang ini, Alhamdulillah telah sedikit sebanyak merasionalkan pemikiran saya daripada terperangkap dan terbeli alat-alat yang tidak diperlukan. Ini seterusnya membawa saya kepada satu soalan yang paling asas yang patut ditanya oleh sesiapa sahaja yang ingin membeli teleskop..... "Objek apakah yang saya gemari dan ingin cerap selalu ?"

Di dalam Siri 1 ini, saya akan cuba senaraikan objek-objek yang boleh dicerap di langit, dan jenis peralatan paling sesuai untuk digunakan.

MATAHARI
Matahari merupakan objek yang paling cerah di langit, tetapi antara objek yang paling mudah kita terlupa untuk cerap. Kebanyakkan daripada kita menganggap tidak ada apa-apa yang menarik boleh dilihat pada matahari. Ini merupakan satu anggapan yang salah. Kerana matahari merupakan antara objek yang paling aktif dan dinamik di langit. Tompok matahari, kawasan 'hitam' pada permukaan matahari sentiasa berubah-ubah bentuknya, dan jika kita bernasib baik, akan muncul tompokan hitam gergasi yang pernah belaku pada bulan Ramadhan tahun 1424 lepas, yang berjaya dirakam oleh saya.



Untuk mencerap matahari, kita boleh guna samada binokulars dan teleskop. Kaedah yang paling selamat ialah menggunakan filter atau penapis matahari (seperti jenis Mylar) atau guna kaedah "eyepiece projection". Apapun, JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS MATAHARI, jika anda gagal mematuhi peraturan asa ini, ia boleh menyebabkan anda BUTA!!! AWAS!!!

BULAN
Bulan ialah objek yang paling mudah untuk dikenalpasti.  Anak-anak kecil pun sudah pandai menunjuk-nunjuk arah bulan sampai kata "wa wa wa wa wa... tu bulan!!!!" Dan bagi saya Bulan ialah objek yang paling banyak menunjukkan ciri-ciri permukaan yang sungguh kompleks tetapi indah, tidak kira kita guna mana-mana perlatan untuk cerap.

Dari kawah-kawah yang besar dan kecil, lurah-lurah dalam yang merobek permukaannya, sehinggakan gunung-ganang yang berkilometer tingginya, Bulan sentiasa memberikan pose yang cukup istimewa bagi kita, penduduk Bumi.



Dan disebabkan Bulan membalikkan cahaya dari matahari, setiap malam Bulan tidak akan menunjukkan keadaan rupa bentuk yang sama. Ini disebabkan sudut ketinggian matahari di permukaan bulan yang berubah dari hari ke sehari, menghasilkan formasi pantulan permukaan yang berbeza-beza bagi setiap ciri-ciri permukaan Bulan.

Bulan boleh dicerap samada dengan mata, binokulars dan teleskop. Malah anda tidak perlu berbelanja besar membeli teleskop yang berkuasa tinggi, kerana Bulan begitu cerah, sehingga teleskop yang kecil ( seperti 60mm-70mm ) pun sudah boleh menunjukkan ciri-ciri yang begitu menarik.

PLANET
Setiap planet di dalam sistem suria akan menunjukkan ciri-ciri yang berlainan. Daripada bentuk seumpama fasa bulan yang ditunjukkan oleh Utarid dan Zuhrah, permukaan kemerahan dan kutub-kutub Marikh, awan-awan ribut Musytari dan tarian bulan-bulannya, gelang Zuhal yang begitu indah dan penuh misteri, titik biru Uranus dan Neptune, serta Pluto yang jauh, malap dan kesunyian, planet-planet ini akan sentiasa memberi sesuatu yang baru, kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya.



Mencerap planet lebih sesuai jika digunakan teleskop berkuasa tinggi. Ini bagus jika kita benar-benar inginkan melihat ciri-ciri unik setiap planet. Tetapi jika kita lebih berminat untuk melihat keindahan kehadirannya disebalik bintang-bintang di langit, Binokulars lebih sesuai dan lebih memuaskan hati.

KOMET
Komet ialah objek yang cukup misteri. Kadangkala ia muncul begitu cerah menyinari langit dengan ekornya. Kadangkala ia begitu malap, bergerak perlahan-lahan merentasi langit malam, lepas daripada pemerhatian kita.



Untuk mengagak kecerahan sesebuah komet pun agak sukar. Walaupun sudah ada formula asas untuk meramal magnitud atau kecerahannya, tetapi secara realitinya tidak semua ramalan berjaya menjadi kenyataan.

Komet yang cerah akan dengan mudah menunjukkan keindahan ekornya. Untuk melihat ekornya di dalam keadaan yang paling indah, gunalah binokulars. Teleskop hanya akan dapat menunjukkan kepala atau koma komet tersebut . Ini disebabkan panjang ekor komet boleh mencecah sehingga beberapa darjah, malah dalam beberapa kes seperti komet Hyakutake pada tahun 1995, ekornya merentasi SEPARUH langit!! Subhanallah!!!

ASTEROID
Asteroid merupakan batu-batan yang terapung-apung mengelilingi matahari. Di sebabkan saiznya begitu kecil, adalah hampir mustahil untuk kita melihat keadaan rupabentuknya menerusi teleskop berkuasa tinggi.

Tetapi jangan anggap asteroid tidak dapat memberi kita sebarang fenomena menarik. Ada satu kejadian yang dipanggil occultation atau penghijaban asteroid terhadap bintang-bintang di langit. Ketika kejadian ini berlaku, cahaya dari bintang di belakang asteroid tersebut akan malap buat beberapa saat, bergantung kepada saiz asteroid tadi. Kejadian ini boleh dilihat dan dikaji dengan teleskop.

BURUJ
Buruj merupakan formasi bentuk-bentuk tertentu di langit yang dihasilkan oleh bintang-bintang.  Terdapat 88 buah buruj kesemuanya yang ada di langit, yang telah ditetapkan oleh International Astronomical Union.

Untuk melihat Buruj, mata kita merupakan alat yang paling sesuai dan tidak ada tolok bandingannya. Ini adalah kerana Buruj-buruj sungguh besar dan merentasi kawasan yang luas. Mata kita mempunyai medan penglihatan yang luas dan amat sesuai untuk menggapai keseluruhan formasi buruj-buruj di langit.

GUGUSAN BINTANG
Di celah-celah bintang di langit, kita akan terserempak dengan bintang-bintang yang seolah-olah berkumpul di dalam satu kelompok. Inilah yang dipanggil sebagai gugusan bintang. Objek jenis ini mempunyai 2 bentuk:
    1.Open Cluster
    2.Globular Cluster[/list:u]

    Open Cluster berbentuk lebih 'terbuka', yakni bintang-bintangnya kelihatan terserak secara rawak. Jumlah bintang di dalam sesebuah Open Cluster boleh jadi antara puluhan hingga ratusan. Binokular merupakan alat paling sesuai untuk mencerap Open Cluster.

    Globular Cluster berbentuk seperti bebola, di mana bintang-bintangnya lebih tertumpu kepada pusatnya. Umur objek ini boleh dikatakan sama usia dengan galaksi kita! Dan jumlah bintangnya boleh mencecah ratusan ribu bintang! Hanya 2 atau 3 Globular Cluster sahaja yang menarik untuk dilihat menerusi binokulars. Selebihnya, kita memerlukan teleskop untuk benar-benar melihat rupabentuknya.




NEBULA
Nebula merupakan kawasan-kawasan gas di angkasa lepas di mana bintang-bintang sedang terbentuk. Cahaya yang kita lihat pada nebula ini datang daripada bintang-bintang yang berada berhampirannya.

Namun, jangan terpengaruh dengan keindahan gambar-gambar nebula yang kita lihat menerusi majalah dan internet. Secara realitinya, amat susah untuk kita melihat formasi awan nebula di dalam keadaan yang begitu perinci dan berwarna-warni, kerana sensitivi kamera dan mata kita amat berbeza. Menerusi teleskop, nebula-nebula yang cerah akan kelihatan hanya samar-samar sahaja dan berwarna putih.



Dan kita memerlukan teleskop bersaiz besar untuk benar-benar melihat keindahan nebula. Selalunya teleskop bersaiz 10 inci ke atas.

GALAKSI
Galaksi ialah sebuah sistem bintang gergasi yang berputar mengelilingi pusatnya. Bima Sakti kita adalah satu galaksi. Galaksi paling hampir  dan paling cerah ialah Galaksi Andromeda.

Sepertimana Nebula, tidak banyak galaksi yang cerah-cerah. Ramai yang berasa kecewa apabila melihat Andromeda Galaksi menerusi teleskop. Bagi kebanyakan orang, apa yang mereka teropong harus sama dengan apa yang mereka baca dan lihat menerusi buku, majalah dan internet! Ini merupakan satu anggapan yang kurang tepat dan harus diperbetulkan. Kebanyakkan galaksi, apabila diteropong, hanya akan kelihatan seperti awan yang kelam (sekali imbas nampak macam nebula) dan bewarna putih. Anda memerlukan teleskop, sekurang-kurang bersaiz 10 inci, untuk benar-benar berupaya melihat bentuk pusaran sesebuah galaksi.



[NOTA: Semua imej diatas diambil sendiri oleh penulis. Sila ajukan sebarang persoalan, InsyaAllah penulis akan cuba menjawabnya]
 cheesy
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
miorlatfee
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 3



View Profile
« Reply #1 on: November 01, 2004, 10:31:10 AM »

Quote from: shahgazer

Mencerap planet lebih sesuai jika digunakan teleskop berkuasa tinggi. Ini bagus jika kita benar-benar inginkan melihat ciri-ciri unik setiap planet. Tetapi jika kita lebih berminat untuk melihat keindahan kehadirannya disebalik bintang-bintang di langit, Binokulars lebih sesuai dan lebih memuaskan hati.


Teleskop berkuasa tinggi tu berapa diameternya?
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #2 on: November 03, 2004, 09:18:50 AM »

Yang saya maksudkan tu ialah kuasa atau magnification. Disebabkan planet bukannya sebiji titik kecil seperti bintang, oleh itu kita perlu menggunakan kuasa pembesaran yang tinggi untuk berpeluang melihat ciri-ciri atau bentuk planet tersebut.

Tapi penggunaan kuasa pembesaran pun bergantung penuh kepada aperture atau saiz cermin/lens teleskop. Kalau kita guna teleskop saiz kecil, spt 2 atau 3 inci, dan kita guna kuasa yang tinggi-tinggi seperti X500, memang tak akan nampak apa-apa kerana imejnya akan jadi terlalu kabur....

memang ada 'rule of thumb' , kuasa magnification paling tinggi yang sesuai untuk sesebuah saiz teleskop... tak ingat....kena cari dulu...selongkar data...payah nak cari data-data lama...pasal turut lesap dengan notebook tu...  shocked
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
mkbcr
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 4


View Profile Email
« Reply #3 on: November 26, 2004, 11:25:29 PM »

Abang syah saya tengok imej yang abang shah paparkan tiada warna , memang tiada warna atau pun teleskop punya effect. Lagi satu satu nak order ETX 105PE dari En Looi, katanya march 2005 baru sampai. Adakah pilihan saya tepat dan bolehtak digunakan untuk cerapan matahari, apa teknik digunakan
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #4 on: November 27, 2004, 10:27:03 AM »

Quote from: mkbcr
Abang syah saya tengok imej yang abang shah paparkan tiada warna , memang tiada warna atau pun teleskop punya effect. Lagi satu satu nak order ETX 105PE dari En Looi, katanya march 2005 baru sampai. Adakah pilihan saya tepat dan bolehtak digunakan untuk cerapan matahari, apa teknik digunakan


Khalid,

Imej tu diambil guna kamera Mintron 12V1-EX, sejenis kamera hitam putih. Jadi memang tak akan dapat color melainkan saya guna filter RGB dan edit dlm photoshop contohnya. Walaubagaimanapun, kalau kita guna teleskop pun, majoriti drpa objek di langit nampak hitam putih. Ini  adalah kerana gambar-gambar yang dipapar dlm internet dan buku, semua guna kamera atau ccd, yang memang sensitif dengan julat warna yang luas. Mata kita ni, pada waktu malam (atau dlm kawasan gelap)  kurang sensitif dengan warna, tu lah sebab kita akan nampak hitam putih.

Cuma sesetngah objek yang cerah sprt planet, akan menampakkan warnanya dengan agak jelas.

ETX-105PE tu rasanya memang bagus. Pasal dari segi saiz fizikal tak lah terlalu besar, oleh itu senang kita nak bawak ke sana sini. Tapi jangan pula nak harapkan dapat imej objek spt dlm majalah dan internet!

Untuk cerap matahari, jangan sesekali cuba teropong TANPA sebarang solar filter !!!! BAHAYA!!!  Cuba tanya En.Looi jenis solar filter yang dia ada jual, kerana tanpa filter boleh menyebabkan mata kita BUTA!!  Filter tu seperti gambar di bawah. Ia akan dipasang di HADAPAN teleskop dan selalunya akan kelihatan spt lapisan bewarna perak/silver yang berkilat-kilat.



Dan kalau kita nak guna kaedah "eyepiece projection" dengan teleskop spt ETX 105PE ni, kurang sesuai pasal haba matahari mudah terperangkap dalam tuib teleskop tsbt, dan mungkin akan menyebabkan beberapa komponen berasakan plastik di dalamnya jadi cair!!
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
mkbcr
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 4


View Profile Email
« Reply #5 on: November 27, 2004, 11:27:57 PM »

Apa cadangan telescope supaya dapat digunakan, kalau boleh semua keadaan, satu lagi saya dapat 1 harga 8 inch EQ reflector  telescope harga bawah 3 ribu cuma dia manual model tanpa goto function, adakah sama imej yang boleh dapat spt meade 8'' LX. Maksud saya pembesaran, mungkin imej taklah sharp seperti Meade kot. Saya takut nanti silap invest  kemudian kena cari lain lagi takut tak puas hati.
Model spt Meade LX 8" mudah tak untuk dibawa , adakah special case digunakan utk menyimpan dan memindahkannya. Jauh tak perbezaan antara ETX 105PE dengan LX 8". embarassed
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #6 on: November 29, 2004, 07:19:24 PM »

Quote from: mkbcr
Apa cadangan telescope supaya dapat digunakan, kalau boleh semua keadaan, satu lagi saya dapat 1 harga 8 inch EQ reflector  telescope harga bawah 3 ribu cuma dia manual model tanpa goto function, adakah sama imej yang boleh dapat spt meade 8'' LX. Maksud saya pembesaran, mungkin imej taklah sharp seperti Meade kot. Saya takut nanti silap invest  kemudian kena cari lain lagi takut tak puas hati.
Model spt Meade LX 8" mudah tak untuk dibawa , adakah special case digunakan utk menyimpan dan memindahkannya. Jauh tak perbezaan antara ETX 105PE dengan LX 8". embarassed


Dalam dunia yang perfect je boleh dapat teleskop "semua keadaan" !  shocked

Realitinya memang tak boleh nak dapat teleskop idaman. Ia lebih bergantung penuh kepada jenis objek yang kita hendak cerap. Kalau kita suka tengok planet dan bulan, teleskop jenis refractor bersaiz sederhana (2.4 hingga 4 inch) dah memadai. Teleskop jenis tu juga sudah cukup membolehkan kita tengok gugusan-gugusan bintang yang cerah-cerah. Tapi kalau nak tengok nebula atau galaksi... jangan harap. Pasal kuasa mengumpul cahaya bagi saiz macam tu memang tak cukup power.

Kalau kita minat tengok nebula, galaksi atau objek yang kelam-kelam, perlukan sekurang-kurangnya saiz 8 inci ke atas, baru puas hati.

Ada sesetengah pendapat, teleskop saiz 6 inch, merupakan teleskop "semua keadaan". Saya rasa mungkin ia, tapi tak berani nak komen pasal tak pernah explore langit dengan teleskop saiz ini.

Kalau teleskop bersaiz 8" tapi lain model, selalunya imejnya akan lebih kurang sama je. Tapi kualiti bukan bergantung kepada faktor jenama sahaja. Ia mungkin:

1.Kualiti cermin/lens utama
2.Kualiti eyepiece yang kita guna
3.Faktor cuaca

Saya guna Meade LX90 saiz 8" memang puas hati. Saiznya boleh dikatakan agak bulky, tapi memandangkan saya ada kereta jadi tak de masalah sangat. Cuma kalau nak travel ke pulau, yang tu problem!

Kalau dibandingkan imej ETX105 dengan LX90 tu memang jauh beza, pasal ETX tu saiz lebih kurang 4" , dan LX90 saiz 8". So, kalau kita banding side-by-side memang berbeza. Mcm nak compare Kancil dengan Waja lah!

All-in all, kena tanya diri sendiri apa jenis objek yang kita minat dan cadang untuk habiskan masa mencerap? Daripada situ baru boleh lihat range atau jenis teleskop yang sesuai
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
mkbcr
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 4


View Profile Email
« Reply #7 on: November 30, 2004, 03:24:09 PM »

Quote from: shahgazer
Yang saya maksudkan tu ialah kuasa atau magnification. Disebabkan planet bukannya sebiji titik kecil seperti bintang, oleh itu kita perlu menggunakan kuasa pembesaran yang tinggi untuk berpeluang melihat ciri-ciri atau bentuk planet tersebut.

Tapi penggunaan kuasa pembesaran pun bergantung penuh kepada aperture atau saiz cermin/lens teleskop. Kalau kita guna teleskop saiz kecil, spt 2 atau 3 inci, dan kita guna kuasa yang tinggi-tinggi seperti X500, memang tak akan nampak apa-apa kerana imejnya akan jadi terlalu kabur....

memang ada 'rule of thumb' , kuasa magnification paling tinggi yang sesuai untuk sesebuah saiz teleskop... tak ingat....kena cari dulu...selongkar data...payah nak cari data-data lama...pasal turut lesap dengan notebook tu...  shocked


Saya dah jumpa rule of thumb tapi artikel dlm bahasa english

POWER (MAGNIFICATION)
One of the least important factors in purchasing a telescope is the power. Power, or magnification, of a telescope is actually a relationship between two independent optical systems – (1) the telescope itself, and (2) the eyepiece (ocular) you are using.
To determine power, divide the focal length of the telescope (in mm) by the focal length of the eyepiece (in mm). By exchanging an eyepiece of one focal length for another, you can increase or decrease the power of the telescope. For example, a 30mm eyepiece used on the C8 (2032mm) telescope would yield a power of 68x (2032/30 = 68) and a 10mm eyepiece used on the same instrument would yield a power of 203x (2032/10 = 203). Since eyepieces are interchangeable, a telescope can be used at a variety of powers for different applications.
There are practical upper and lower limits of power for telescopes. These are determined by the laws of optics and the nature of the human eye. As a rule of thumb, the maximum usable power is equal to 60 times the aperture of the telescope (in inches) under ideal conditions. Powers higher than this usually give you a dim, lower contrast image. For example, the maximum power on a 60mm telescope (2.4" aperture) is 142x. As power increases, the sharpness and detail seen will be diminished. The higher powers are mainly used for lunar, planetary, and binary star observations.
Do not believe manufacturers who advertise a 375 or 750 power telescope which is only 60mm in aperture (maximum power is 142x), as this is false and misleading.
Most of your observing will be done with lower powers (6 to 25 times the aperture of the telescope [in inches]). With these lower powers, the images will be much brighter and crisper, providing more enjoyment and satisfaction with the wider fields of view.
Logged
rizal
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 89


View Profile
« Reply #8 on: December 27, 2004, 10:06:20 AM »

Assallamualaikum,
mkbcr  saya pun dalam consideration nak beli meade scope sekarang ni masih dalam research+kumpul budget.
Dari beli ETX series scope bagi saya baik beli LXD75 series scope .. ada goto + ada LPI suite untuk astrophotography.
Yang lebih bestnya kita boleh guna mount tu untuk scope lain.. so in case dah pandai nanti beli scope OTA lain pasang kat dia..

Check this out :-

Image details:

Meade lxd75 SN8 at f/11.7
Meade LPI 640 X 480 with 0.063sec exposure
403 of 502 bitmap images stacked in Registax2
Image cropped in PhotoShop5

Check DI SINI



Forum CloudyNights ni antara forum favourite saya untuk cari scope review selain dari Singastro.org untuk dapatkan regional punya komen.

Kalau nak dapat good price seya tengah consider nak beli online dari vendor Hong Kong www.grandeye.com.hk
Hargadia tak banyak beze dari US shipping probably cost extra 500-700 depend on weight.. dia quote HKD6700+1100 untuk LXD SN6 ~ < rm4k .
Murah tu.. saya dah tanya Mr. Looi dia somehow tak import LXD75 ke Malaysia ..

Tapi terpaksa ambik risk la for local support.  Smiley
Kalau beli nanti saya akan bawak jumpa shah.. nak minta guide boleh?
shahgazer pandai buat collimation tak?
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #9 on: December 27, 2004, 10:51:44 AM »

rizal,

isyhh..bestnyer harga tu!!!   Cheesy   , saya pun tgh cari alternatiif murah nak beli teleskop ke-3, yang kecik senang bawak sana-sini, mungkin etx kot...

kalau bab collimation no problem... kita boleh set satu sesi khas, menarik tu.
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
rizal
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 89


View Profile
« Reply #10 on: December 27, 2004, 01:47:08 PM »

shah,
Baru ni saya jumpa bro Zamri dari Planetarium Negara. Mertua dia jiran sebelah rumah so memang tiap2 raya kita jumpa. Sebelum ni tak pernah borak panjang - raya ni sejak timbul minat pasal astronomi panjang pulak ceritanya Smiley
Dia kenal bro shah. Dia kata dia kurang aktif sekarang ni mostly buat admin work so jarang turun padang ..  Dapatlah few tips dengan dia..
Yang sessi planetarium tu kena register atau boleh datang terus?
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 540


shahgazer
View Profile
« Reply #11 on: December 27, 2004, 09:20:10 PM »

bro rizal,

Ah...bro Zamri..lama benar tak jumpa tu!  Smiley   Sesi Planetarium tu boleh datang terus, free. Tak nampak pulak tertulis kat brochure supaya register. Tapi better call them directly. Datang ke esok?  smiley
Logged

-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
debakkamain
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


View Profile Email
« Reply #12 on: September 24, 2005, 11:32:13 AM »

Akum..sy bru nk berjinak2 dgn mencerap ni.sy berniat juga hendak membeli alatan untuk mencerap tetapi sy x tahu ape alat yang perlu digunakan untuk mencerap.harap anda semua dpt menolong sy.email kan la ape2 maklumat kat email sy debakkamain@yahoo.com
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.432 seconds with 19 queries.