Minggu lepas langit cerah utk satu malam, jadi saya mengambil kesempatan itu utk merakam imej galaksi yg paling dekat dengan kita dan paling terkenal iaitu Andromeda Galaxy (Messier 31). Peralatan yg sama seperti yg saya gunakan sebelum ni (William Optics ZS66SD on Nexstar 6SE mount). Imej adalah hasil dari 250 frames, setiap frame diexposed untuk 30s pada ISO800 (total exposure time ~ 2 hrs). Imej calibration menggunakan DeepSkyStacker dan pemprosesan terakhir menggunakan CS2. Masih dlm proses pembelajaran lagi, so sorry kalau tak kemas atau nampak tak pro. Comments appreciated!
