Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kita ada tinggal 462 hari sahaja untuk menyaksikan Gerhana Penuh Matahari yang akan dapat dilihat di China pada 22 Julai 2008.
Memandangkan ramai yang sedang berangan-angan hendak ke sana, dan juga melihatkan belum ada lagi sebarang perbincangan serius berkenaan fenomena ini, saya cadangkan kita adakan satu perjumpaan ringkas untuk membincangkan topik ini.
Agenda yang dicadangkan:
1. Pengenalan berkenaan fenomena gerhana
2. Sedikit info pengalaman gerhana di Turki 2006.
3. Potensi lokasi dan cuaca di China
4. Target aktiviti
5. ...
Perkara ini boleh dibincangakan menerusi forum Falak Online, tapi saya rasa perlu juga sekali sekala peminat-peminat yang ingin ke sana untuk berjumpa dan berbincang bersemuka, agar maklumat yang ditanya dan disampaikan, lebih tepat.
Amacam? Setuju?
Tempat dan Tarikh belum ditentukan lagi... saya sedang buat survey sana sini.
Amacam?
