Falak-Online Komuniti
November 20, 2008, 04:47:14 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Aktiviti 17 Ogos 2008 (Damansara Damai)  (Read 946 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
MUZZAMIR
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 184


Biar Bulan Bicara


View Profile Email
« on: August 04, 2008, 03:52:04 PM »

Salam..

CERAMAH ASTRONOMI DAN CERAPAN

Anjuran Persatuan Rukun Tertanga dan Majlis Sifar Jenayah Damansara Damai dengan kerjasama FALAK ONLINE
Untuk makluman sahabat semua, insyaallah akan diadakan perkara tersebut sekira ada kawan2 yg ingin datang saya alu-alukan.

Tarikh : 17 Ogos 2008
Masa  : 2.00 ptg - 12.00 mlm
Lokasi : Apartment Harmoni Damansarai Damai

Aktivti yg dirancangkan :

- Ceramah astronomi
- Roket Air
- Cerapan

oleh : En. Shahrin dan Saya

-muzzamir-





« Last Edit: August 18, 2008, 05:53:25 PM by MUZZAMIR » Logged

AmiR
MUZZAMIR
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 184


Biar Bulan Bicara


View Profile Email
« Reply #1 on: August 07, 2008, 02:09:54 AM »

RT Apartmen Harmoni anjur Program Pendedahan Astronomi

DAMANSARA DAMAI - Rukun Tetangga Apartmen Harmoni di sini akan menganjurkan Program Pendedahan Astronomi pada 17 Ogos nanti bertempat di di dewan serba guna Apartmen Harmoni dekat sini.

Pengerusi RT Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli Dollah berkata program yang bakal berlangsung nanti akan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai perkara asas tentang kaji selidik bulan dan bintang terutamanya pelajar sekolah.

Katanya, program ini adalah percuma, khas untuk pelajar-pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5 yang akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12 malam.

“Ini merupakan program julung-julung kali diadakan yang dirancang khas untuk pelajar di kawasan ini dan program ini akan melibatkan 3 sesi iaitu penghayatan ciptaan alam semesta, membina roket air dan aktiviti cerapan menggunakan teleskop untuk melihat bulan serta bintang selain planet-planet cakerawala," katanya.

Tambahnya, penganjuran program seumpamanya adalah untuk memupuk kesedaran dan kepentingan ilmu falak serta astronomi kepada masyarakat setempat khususnya pelajar di samping menambahkan ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang sains.

“Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan tidak hanya terhad kepada penduduk Apartmen Harmoni," jelasnya.

Menurutnya, penduduk setempat yang ingin mengetahui maklumat lanjut berhubung dengan program tersebut bolehlah menghubungi beliau di talian 016-6252300 atau Badrul di talian 019-2031876 dan Muzamir di talian 012-5900943.

-Berita sinar harian (6 Ogos 2008)-

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1813009.asp

Tunggu artikel dari tokei nanti
« Last Edit: August 18, 2008, 05:54:05 PM by MUZZAMIR » Logged

AmiR
MUZZAMIR
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 184


Biar Bulan Bicara


View Profile Email
« Reply #2 on: August 18, 2008, 04:41:18 PM »

Salam semua..

Berakhirlah program aktiviti falak online di Damansara Damai, pihak penganjur -RT- mengucapkan ribuan terima kasih pada team falak online yang telah memberi peluang pada penduduk disini untuk didedahkan ilmu astronomi. insyallah mereka akan usahakan lagi untuk menganjurkan aktiviti ini pada bulan 12 hujung tahun ini..

Laporan awal..

Pada jam 2 ptg bermulanya sesi bengkel pembuatan roket air, pada mulanya pihak penganjur menaja seramai 50 peserta tetapi apabila promosi semakin hebat ramai yang ingin mengikuti aktiviti roket air ini, di akhir pendaftaran seramai 130 peserta akan membuat roket dan melancarkan roket, ini rekod peribadi melancarkan sebanyak 130 roket dalam masa 2 jam.. Penat sangat tp berbaloi sunguh puas hati, pada BOSS minta maaf kerana tak perasan boss datang semasa pelancaran itu.   

Pada jam 8.30 mlm team falak online seperti biasa bersama RAJA TT, Mr. Universe24 dan BOSS membasahkan tekak sebelum bertempur. tepat jam 9.00 mlm penduduk dan tentera-tentera kecil mula memenuhi khemah x sabar nak tengok teleskop.

Awan pun sudah tunjuk garang dilangit.. hati penyelaras x tenang risau kalau2 x dapat nak memenuhi impian penduduk untuk melihat bulan dan jupiter. Pada masa yang sama team falak online membuat persiapan memasang teleskop masing2, tepat 10.00 mlm    En Shah pun mulakan ceramah.

Jam 11.15 ceramah berakhir.. Suasana mula menjadi tegang sedikit tentera kecil mula menunjukan garang di atas muka bumi ini, nasib baik dengan adanya RT menyelamatkan keadaan. akhirnya langit pun mula merendahkan diri dapatlah juga penduduk dan tentera kecil ini merasai kebesaran maha pencipta sekelian alam.

Dalam masa yang sama juga, wartawan dari sinar harian mula mencari pengasas falak online. berkeping2 gambar diambil Mr. Universe dan en. Shah juga telah di interviu, tp wartawan tak puas hati kenapa susah nak ambil gambar En tu ... sy dengan selamber bertanya "kenapa nak ambil gambar en tu" ini jawapan wartawan tu " I TENGOK EN TU MACAM PROFESOR LAH"   grin,  Insyaallah moga2 doa wartawan itu kan dimakbulkan.. persoalanya SIAPAKAH ORG ITU..... jawapanya Lu Pikir lah Sendiri.....

Contack pun banyak juga dapat  evil harap2 boleh lagi kembangkan kat tempat2 lain.. jam 1.00 pg berakhirlah aktiviti.. cam biasa TT Time bersama Rukun Tetanga (RT). 1.40 pagi bersurai.

pada Mymoon dan Mr. Universe saya berterima kasih kerana sudi membantu aktiviti ini.. mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, jangan lupa 27 OGOS 2008 ada 2000 orang menungu.......

Pada Boss, bersedialah ada lagi serangan hebat nanti   evil dan kalau rajin post sikit gambar aktiviti TQ  grin

Dalam akhbar harian metro hari ini ada cerita hal ini

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080818092414/Article/index_html

-muzzamir-
« Last Edit: August 18, 2008, 05:56:25 PM by MUZZAMIR » Logged

AmiR
MUZZAMIR
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 184


Biar Bulan Bicara


View Profile Email
« Reply #3 on: August 18, 2008, 05:51:12 PM »

« Last Edit: August 18, 2008, 05:55:20 PM by MUZZAMIR » Logged

AmiR
MUZZAMIR
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 184


Biar Bulan Bicara


View Profile Email
« Reply #4 on: August 26, 2008, 04:01:46 PM »



Sinar Harian 20 Ogos 2008



Sinar Harian 26 Ogos 2008
Sape agak-agaknya org itu.. cam kenal je..

Dah seminggu program dah berlalu.. ada juga keluar lagi.. terima kasih..

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ADA SATU RENCANA HOBI ASTRONOMI FULL 1 PAGE DARI KAWAN KITA.. kalau tiada halangan hari sabtu dapatkan sinar harian edisi selangor & kl sahaja.. kalau kawan2 luar nak boleh kasi oder...

Nak tau sape dia lu pikir lah sendiri atau beli je akbar tu nanti  evil
 
-muzzamir-

« Last Edit: August 26, 2008, 04:10:33 PM by MUZZAMIR » Logged

AmiR
izah_hawa
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 21


physics*_*astronomy


View Profile Email
« Reply #5 on: September 01, 2008, 03:27:48 PM »

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ADA SATU RENCANA HOBI ASTRONOMI FULL 1 PAGE DARI KAWAN KITA.. kalau tiada halangan hari sabtu dapatkan sinar harian edisi selangor & kl sahaja.. kalau kawan2 luar nak boleh kasi oder...

sory sy dah lame xmsk falakonline. nak order kat sape sinar harian nie abg amir? saya nak gak... perak xde sinar harian, huhu.
Logged

fizahphysicsteacher
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 7.018 seconds with 19 queries.