Salam semua..
Berakhirlah program aktiviti falak online di Damansara Damai, pihak penganjur -RT- mengucapkan ribuan terima kasih pada team falak online yang telah memberi peluang pada penduduk disini untuk didedahkan ilmu astronomi. insyallah mereka akan usahakan lagi untuk menganjurkan aktiviti ini pada bulan 12 hujung tahun ini..
Laporan awal..
Pada jam 2 ptg bermulanya sesi bengkel pembuatan roket air, pada mulanya pihak penganjur menaja seramai 50 peserta tetapi apabila promosi semakin hebat ramai yang ingin mengikuti aktiviti roket air ini, di akhir pendaftaran seramai 130 peserta akan membuat roket dan melancarkan roket, ini rekod peribadi melancarkan sebanyak 130 roket dalam masa 2 jam.. Penat sangat tp berbaloi sunguh puas hati, pada BOSS minta maaf kerana tak perasan boss datang semasa pelancaran itu.
Pada jam 8.30 mlm team falak online seperti biasa bersama RAJA TT, Mr. Universe24 dan BOSS membasahkan tekak sebelum bertempur. tepat jam
9.00 mlm penduduk dan tentera-tentera kecil mula memenuhi khemah x sabar nak tengok teleskop.
Awan pun sudah tunjuk garang dilangit.. hati penyelaras x tenang risau kalau2 x dapat nak memenuhi impian penduduk untuk melihat bulan dan jupiter. Pada masa yang sama team falak online membuat persiapan memasang teleskop masing2, tepat
10.00 mlm En Shah pun mulakan ceramah.
Jam 11.15 ceramah berakhir.. Suasana mula menjadi tegang sedikit tentera kecil mula menunjukan garang di atas muka bumi ini, nasib baik dengan adanya RT menyelamatkan keadaan. akhirnya langit pun mula merendahkan diri dapatlah juga penduduk dan tentera kecil ini merasai kebesaran maha pencipta sekelian alam.
Dalam masa yang sama juga, wartawan dari sinar harian mula mencari pengasas falak online. berkeping2 gambar diambil Mr. Universe dan en. Shah juga telah di interviu, tp wartawan tak puas hati kenapa susah nak ambil gambar En tu ... sy dengan selamber bertanya "kenapa nak ambil gambar en tu" ini jawapan wartawan tu
" I TENGOK EN TU MACAM PROFESOR LAH" 
, Insyaallah moga2 doa wartawan itu kan dimakbulkan.. persoalanya SIAPAKAH ORG ITU..... jawapanya Lu Pikir lah Sendiri.....
Contack pun banyak juga dapat

harap2 boleh lagi kembangkan kat tempat2 lain.. jam 1.00 pg berakhirlah aktiviti.. cam biasa TT Time bersama Rukun Tetanga (RT). 1.40 pagi bersurai.
pada Mymoon dan Mr. Universe saya berterima kasih kerana sudi membantu aktiviti ini.. mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, jangan lupa
27 OGOS 2008 ada 2000 orang menungu.......
Pada Boss, bersedialah ada lagi serangan hebat nanti

dan kalau rajin post sikit gambar aktiviti TQ

Dalam akhbar harian metro hari ini ada cerita hal ini
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080818092414/Article/index_html-muzzamir-