Salam.
Sekadar meminta padangan daripada semua berkenaan dengan Rukyah atau Imkanurukkah bagi penentuan Awal bulan islam. Banyak pandagan dan penulisan lama mengatakan Rukyah adalah cara yang diamalkan oleh para ahli sunnah waljamah.saya ada baca artikel didalam warta kerajaan negeri johor( tahun tak ingat tapi yag lama). Hanya mereka yang menggunakan rukyah dalam penentuan awal bulan islam adalah mengikut ahli sunnah waljamaah.
sekian
Secara amnya yang kita tahu Rukyah = Lihat/Nampak manakala Imkanurrukyah = Kebolehnampakan/Kebolehlihatan.
Kaedah rukyah tetap sama, cuma pendekatan di Malaysia adalah hisab dan rukyah. Apabila dinamakan hisab dan rukyah, maka hisab atau pengiraan telah dilakukan dengan lebih awal bagi menjangkakan kewujudan atau kebolehnampakan hilal pada sesuatu tarikh. Dan aktiviti rukyah adalah perlu bagi memastikan sama ada hilal kelihatan atau tidak berdasarkan hisab yang telah dilakukan.
WaAllahua'lam