Waalaikumsalam,
Beza yang paling ketara ialah dari segi kadar kemampuan kedua-dua alat tu melakukan proses "image integration" pada cipnya. Kalau Mintron, ia mampu stack imej sehingga 2.3 saat. Mallincam Hyper Color yang saya guna sekarang pun ada fungsi boleh stack 2.3 saat, tetapi kemampuannya seolah-olah kita kita selama 8 saat!.
Semasa Mallincam baru-baru keluar, kemampuannya ialah setara dengan Stellacam II, yang masa tu boleh menggabungkan imej selama 8 saat.
Maknanya Stellacam II (8 saat) = Mallincam (2.3 saat)

Kemudian versi Mallincam Hyper Color yang baru ni, ia ada fungsi baru, iaitu Hyper Mode, di mana selain dari 2.3 saat, ia boleh buat penggabungan imej selama 6 dan 12 saat!

Selain dari tu, beza yang paling ketara ialah Mallincam Hyper Color tu video berwarna, sementara Mintron tu hitam putih.

Harga mallincam hyper color? hmmmm... mahal gak, lebih 4K..

Cerita seterusnya, mas sila check pm,
