Selamat Melayari Laman Web Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan... Semoga Anda Mendapat Manfaat Dan Sebarang Cadangan.. Sila Email Ke ---> falakperak@yahoo.com ... Terima Kasih.
Laman Utama
 
Tugas & Tanggungjawab
Info Kakitangan
 

Pengenalan

Ilmu falak sebenarnya telah menjalinkan hubungan di antara agama dan sains. Dahulu masyarakat keliru dan menjauhi dengan ilmu falak dengan mendakwa ia merupalan cabang dari ilmu nujum ( Astrologi ). Pada 1920-an ia diaktifkan semula tetapi hanya meliputi aspek takwim dan arah kiblat. Pada 1980-an ilmu falak dianggap ilmu yang berasingan dari ilmu astronomi. Astronomi dianggap ilmu falak moden yang tiada kaitannya dengan ibadah. Walau bagaimanapun fahaman ini semakin terhakis dengan perkembangan ilmu falak.


Pengertian Ilmu falak

Bahasa :
• Falak berasal dari perkataan Sumerian iaitu Pilak yang bermaksud sesuatu yang berputar.

Istilah :
• Ikwan As-Safa ( Rassaa-il Ikwan As-Shafa ) menyatakan bahawa ilmu falak ialah ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintang, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

Dalil-dalil dari al-Quran:

i. Surah Yassin: 60:
“ Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis peredarannya.”

ii. Surah al-Anbiya’:33:
“ Dan dialah ( Allah ) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari keduannya itu beredar di garisan peredarannya.”

 

 

Tugas Dan Tanggungjawab

TAKWIM SOLAT  
  • Menyediakan Takwim Hijri untuk seluruh di negeri Perak.
  • Menyediakan Takwim Solat untuk seluruh negeri Perak.
  • Menyediakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadhan.
  • Menjalankan kajian dari masa ke semasa mengenai pembahagian zon-zon waktu solat di negeri Perak
RUKYAH

Cerapan Anak Bulan pada setiap hujung bulan Hijrah bagi mengumpulkan data berkaitan rekod kenampakkan anak bulan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang.

Menganjurkan program Cerapan Rasmi Anak Bulan pada 3 bulan utama iaitu:

  • Ramadhan
  • Syawal
  • Zulhijjah

Mengedarkan risalah berkaitan kedudukan Anak Bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah kepada masyarakat.

Melakukan kajian dan perbandingan bacaan data anak bulan bagi mendapatkan ketepatan kedudukan anak bulan.
 

QIBLAT
  • Mengesahkan kedudukan arah qiblat bagi seluruh negeri Perak
  • Menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan penentuan arah qiblat kepada masyarakat negeri Perak terutama kepada ahli jawatankuasa masjid.
  • Melakukan semakan arah qiblat bagi kawasan yang meragukan.
  • Memaklumkan kepada masyarakat berkenaan tarikh untuk menentukan arah qiblat (Istiwa A'dzam)
ASTRONOMI ISLAM
  • Menulis dan mengedarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan astronomi Islam.
  • Mengadakan program Ceramah Falak Syarie di sekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi seperti di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  • Menganjurkan program Wacana Ilmu berkaitan ilmu penentuan bulan hijriah untuk golongan professional, penuntut IPT dan orang ramai
  • Menjawab soalan-soalan dan memberikan nasihat khususnya dalam masalah berkaitan Falak dan Syarak secara umumnya.
  • Memberikan khidmat nasihat dalam penyediaan takwim Hijri dan Miladi kepada institusi dan individu.
  • Mengadakan program cerapan bintang berdasarkan fenomena-fenomena tertentu sebagai pendedahan kepada masyarakat negeri Perak.
 

Info Kakitangan

Mohd Faizal bin Jani
Pegawai Falak & Sumber Maklumat
faizal@perak.gov.my
Fatimah binti Ayoub
Penolong Pegawai Falak & Sumber Maklumat
fatimahay@perak.gov.my
Zainuddin bin Muhammad
Pembantu Pegawai Falak & Sumber Maklumat
zainuddinm@perak.gov.my
Azizi bin Ismail
Pembantu Pegawai Falak & Sumber Maklumat
aziziismail@perak.gov.my
Pahiyah bt Idarmawi
Pembantu Tadbir
pahiyah@gmail.com
Mohd Rodzi bin Mohd Zahari
Operator Mesin Prosesan Data
rodzi@perak.gov.my