|
{Imej yang diambil oleh ahli astronomi Itali, Aletti Aletti dan Buzzi Luca menerusi teleskop saiz 3 inci!! }
4 Mei 2006 Komet ini sudah berpecah kepada lebih daripada 60 buah serpihan! Pertambahan penemuan serpihan baru ini disebabkan faktor-faktor seperti jarak komet ini yang semakin hampir lalu membolehkan kita melihat serpihan-serpihan yang kecil, dan juga komet ini memang di dalam proses kehancuran yang sungguh hebat. Di dalam masa beberapa hari mendatang, komet ini akan melintasi beberapa objek-objek deep sky yang menarik. Pada 8 dan 9 Mei nanti, komponen C akan melintasi buruj Lyra, dan berada hampir dengan Planetary Nebula bernama Ring Nebula, M57. Penduduk di hemisfera barat berpeluang untuk menyaksikan ekor komponen C ini melintasi M57! Cuba kita di Malaysia agak tidak bernasib baik kerana waktu ketika ia berlaku tidak sesuai di sini. 28 April 2006 Pagi tadi, saya cuba mengambil imej kawasan di mana komet 73P-C dan 73P-B berada. Video belum sempat diproses lagi, jadi keputusannya belum boleh diumukan.
Namun, jika kita tinjau berita berkenaan komet ini di internet, yang terkini ialah, komet 73P/Schawwmann Wachmann 3 ini semakin berpecah kepada beberapa bahagian. Komponen G sendiri telah berpecah kepada 15 bahagian!!
Komet ini sedang berada di dalam proses kehancuran, dan apabila ini berlaku ais-ais serta debu baru mula muncul dan terdedah kepada cahaya matahari, lalu mengakibatkan ia bersinar dengan lebih terang.
Komponen G sekarang berada di dalam magnitud 12 (terlalu kelam untuk dilihat menerusi teleskop kecil), manakala komponen B berada di dalam magnitud 9 (sudah boleh dilihat menggunakan binokulars.
Teruskan bersama Falak-Online untuk mendapatkan berita terbaru komet ini menjelang ia menghampiri bumi pertengahan bulan hadapan.
|