|
Bulan sabit muda dari Teluk Kemang |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Monday, 01 May 2006 |
|

{Nota: Tajuk sebelum ini "Hilal dari Teluk Kemang" adalah salah, kerana hilal berlaku sehari sebelumnya, pada 28hb April. Terima kasih kepada Cikgu Ahmad Taufan (KUSZA) kerana menegur kesilapan ini. } Imej video Bulan Sabit Muda sedang menghijab sebahagian daripada kawasan gugusan bintang the Pleaides . Ia berlaku disebalik lapisan awan yang tebal. Sisipan imej video disebelah diambil pada jam 7.40 pm pada 29 April 2006 dari Baitul Hilal Teluk Kemang, menggunakan kamera video integrasi Mallincam Pro Basic yang dipasangkan lens kamera 135mm Minolta. Konfigurasi Senseup diletak pada x6. Perhatikan kawasan gelap Bulan yang kelihatan cerah. Inilah yang dipanggil fenomena Earthshine, iaitu cahaya dari Bumi sedang menerangi kawasan malam di Bulan.
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|