|
Terkini 9 Mei 2006 - 4 pm
Sila dapatkan carta bintang kedudukan komet 73P. Carta untuk 10 Mei , 11 Mei , 12 Mei , 13 Mei , 14 Mei .
Setiap carta menunjukkan langit arah Timur Laut, pada jam 2 pagi. Carta ini menunjukkan langit seluas 60 darjah tinggi dari ufuk langit, iaitu 2/3 ketinggian menghala ke zenith.
Terkini 9 Mei 2006 - 9 am Foto komet 73P Komponen B Foto komet 73P Komponen C Terkini 8 Mei 2006 - 3.21pm Muat turun video pergerakan komet 73P komponen B di SINI .
Muat turun video pergerakan komet 73P komponen C di SINI . ********************* Alhamdulillah, pada jam 4.30 pagi tadi, keadaan langit cukup indah dan bebas dari awan tebal. Berbekalkan kamera integrasi Mallincam Pro Basic dan teleskop 8" LX90, saya telah berjaya merakam pergerakan komet 73P komponen C, relatif dengan bintang-bintang di sekitarnya. Video asal adalah selama 1 minit, tetapi telah dipercepatkan frame rate-nya kepada beberapa saat untuk melihat kesan pergerakkannya.
Sila muat turun fail video format WMV di sini Nantikan imej foto dan video komet 73P selepas ini!
|