|
Hari Astronomi di Sekolah Kebangsaan Janda Baik |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Friday, 19 May 2006 |
|
Pada hari esok (Sabtu 20 Mei) dan lusa (Ahad 21 Mei), Sekolah Kebangsaan Janda Baik akan mengadakan aktiviti Hari Astronomi. USM Astronomy Club akan turun padang ke sana untuk menjayakan aktiviti ini. Dan dengar khabar, ramai juga ahli astronomi amatur dari Lembah Kelang akan turut sama membantu menjayakan sesi cerapan malam. Sesi cerapan malam akan diadakan 2 malam, iaitu Sabtu malam Ahad dan Ahad malam Isnin, di sekolah tersebut. InsyaAllah saya akan ke sana pada petang esok, dan bersama-sama untuk sesi cerapan pada Sabtu malam Ahad. Sepanjang hari siang, ada banyak aktiviti seperti ceramah, penerangan berkaitan astronomi. InsyaAllah pada petang hari Ahad, saya akan menyampaikan sedikit ceramah berkisahkan pengalaman mencerap Gerhana Matahari di Turki pada Mac lepas. Kepada ahli-ahli Falak-Online yang hendak ke sana, boleh muat turun peta di sini (ihsan dari Dr. Choong USM) . Jika langit OK, kita akan cerap sampai ke Subuh untuk kejar komet 73P !!!!  Apa lagi, jom teropong!!
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|