|
Planet Utarid kembali muncul di langit sebelah petang, sebaik sahaja selepas terbenam matahari. Kehadirannya selama 2 minggu ini, akan ditemani dengan 2 buah planet lagi iaitu, Zuhal dan Marikh.
Bermula pada 12hb, pada jam 7.45 pandang arah Barat, pada kedudukan di mana matahari terbenam, Utarid akan kelihatan seperti sebuah bintang yang agak terang pada altitud 17 darjah. Jangan terkeliru dengan bintang Sirius, bintang tercerah di langit, yang turut berada di altitud yang sama, tetapi ke arah selatan sedikit dari kedudukan Barat.
[Muat turun peta 12hb di sini]

Pada 15hb, alihkan perhatian anda ke arah atas dari planet Utarid. Akan kelihatan 2 buah bintang yang kelihatan agak hampir antara satu sama lain. Itu sebenarnya ialah planet Zuhal dan Marikh. Kedua-dua planet ini akan kelihatan semakin hampir di antaranya, menjelang 2 atau 3 hari mendatang.
[Muat turun peta 15hb di sini]
Teruskan pemerhatian anda terhadap kedua-dua planet ini, pada 16, 17, 18hb. DI mana pada 18hb tu kedua-dua planet ini dipisahkan sejauh 1/2 darjah sahaja, bersamaan saiz angular bulan!
[Muat turun peta 17hb di sini] [Muat turun peta 18hb di sini]
Pada 22hb, Utarid akan berada di kedudukan paling tinggi di langit barat. Selepas ini, ia akan menjunam kembali ke arah ufuk, dan semakin rendah dan sukar untuk dicerap.
[Muat turun peta 22hb di sini]
Menjelang 26hb, anda akan lihat ketiga-tiga planet ini membentuk satu garisan lurus yang indah.
[Muat turun peta 26hb di sini]
Pada 27hb, Bulan sabit muda mula muncul di langit, ke sebelah kanan bawah dari planet Utarid! Bulan ketika ini membentuk fasa sabit yang amat nipis! Jangan lupa perhatikan fenomena Earthshine pada kawasan malam Bulan.
[Muat turun peta 27hb di sini]
Pada 28hb, Bulan berada di kanan Zuhal.
[Muat turun peta 28hb di sini]
Dan pada 29hb, Bulan, Marikh, Zuhal dan Utarid akan membentuk satu garisan hampir lurus!
[Muat turun peta 29hb di sini]
Kesemua femomena ini cukup mudah untuk diambil foto dengan menggunakan kamera digital. Arahkan kamera anda ke arah barat, dan cuba ambil foto dengan menggunakan setting exposure (dedahan) yang berlainan, seperti 1 saat, 2 saat dan sebagainya. Jika kita buka dedahan kamera terlalu lama, langit akan menjadi terlampau cerah, sehingga menenggelamkan cahaya dari planet-planet ini. Oleh itu, untuk dapatkan foto yang baik, lakulah cubaan sebanya mungkin.
Jom Teropong!
Nota: Semua simulasi dibuat menggunakan perisian Stellarium versi 0.8.0
|