arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Dalam Negara & Nusantara arrow Laporan ringkas Konvensyen Falak Selangor 2006 Thursday, 28 August 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 16 Guests and 1 User online

Personal Message MUZZAMIR
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
August 28, 2008, 07:40:14 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Laporan ringkas Konvensyen Falak Selangor 2006 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 20 July 2006

 Konvensyen Falak Selangor 2006, telah berlangsung dengan jayanya di KUIS, Bandar Seri Putra, pada hari Sabtu & Ahad lepas. Menurut jangkaan penganjur, lebih kurang 800 orang telah mengikuti pembentangan kertas kerja yang berlangsung pada hari Sabtu.

Falak-Online, telah buat pertama kali mendirikan sebuah gerai yang tak seberapa di konvensyen kali ini. Al-maklumlah ini kali pertama, jadi saya bersama rakan saya (Rohisyam) ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang mungkin timbul. Seronok jugak dapat bertemu dengan beberapa pelayar laman web secara fizikal.

Di sebelah malamnya, sesi syarahan dan cerapan diadakan. Cuaca agak OK pada malam tersebut. Alhamdulillah, pengunjung telah dapat menyaksikan objek-objek angkasa seperti Musytari, Lagoon Nebula, M4, M13, M22 secara LIVE di layar menerusi LCD projector, menggunakan kamera Mallincam Hyper Color yang baru sampai tu!

Pada hari Ahadnya, wakil dari NETT (National Eclipse Tracker Team) Prof.Madya Dr. Sahar, Prof.Madya Dr.Zainol, Cik Nazatulshima dan saya telah memberi penerangan ringkas pengalaman mencerap gerhana matahari di Turki pada bulan Mac lepas.

Secara keseluruhan, konvensyen kali ini cukup menarik dan berjaya menarik ramai pengunjung. Panjang umur kita jumpa lagi di konvensyen tahun hadapan! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Thursday, 20 July 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.