arrowHome arrow Fenomena arrow Juraian Meteor arrow Juraian Meteor Perseids 11-12 Ogos Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 21 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:24:27 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Juraian Meteor Perseids 11-12 Ogos PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 30 July 2006

 Bulan Ogos akan menyajikan fenomena juraian meteor Perseids, di mana ia akan memuncak pada 11-12 Ogos. Namun begitu janganlah tunggu sehingga tarikh puncak untuk cuba membuat cerapan. Anda boleh mula mencerapnya seawal minggu pertama Ogos.

Kehadiran bulan sabit pada awal Ogos ini sedikit sebanyak akan mengganggu penglihatan meteor-meteor yang kelam. Cuba tumpukan kehadiran meteor-meteor yang terang sahaja.

Juraian meteor ini akan kelihatan muncul dari satu titik atau radiant di dalam buruj Perseus. Buruj ini mula muncul di langit sebelah Utara sekitar jam 4 pagi, dan akan semakin tinggi setiap hari menjelang tarikh puncak.

Bulan yang hampir penuh pada malam 11 dan 12 merupakan faktor gangguan paling besar. Dijangkakan agak sukar untuk melihat keindahan juraian meteor Perseids tahun ini. Tetapi jangan jadikan alasan ini untuk tidak melakukan cerapan.

Bagaimana untuk membuat cerapan? Untuk fenomena juraian meteor, kita tidak perlu menggunakan sebarang peralatan. Simpan sahaja binokulars dan teleskop anda. Satu-satunya alat yang paling berguna ialah mata yang tajam!

Anda perlu pergi ke lokasi yang jauh dari gangguan cahaya. Dan baring mengadap ke langit. Meteor akan muncul bila-bila masa sahaja di mana-mana kawasan langit. Oleh itu amat penting untuk anda sentiasa bersedia dan waspada. Jangan pula tidur ketika lakukan cerapan! :-)


Lagi maklumat Perseids di http://comets.amsmeteors.org/meteors/showers/perseids.html

Jom teropong!

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.