arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Luar Negara arrow Hari ni 9 buah planet, minggu depan dah jadi 12 !! Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 17 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 03:59:56 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Hari ni 9 buah planet, minggu depan dah jadi 12 !! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Wednesday, 16 August 2006

 Ok, berita terbaru ini mungkin memeningkan kita semua, tetapi begitulah perubahan yang bakal kita hadapi. Minggu ini, di dalam buku-buku dan maklumat di internet, sistem suria kita mempunyai 9 buah planet. Tetapi menjelang pertengahan minggu hadapan, kita bakal akan dapat tambahan 3 buah planet lagi, menjadikan jumlah planet di dalam sistem suria kepada 12!

Tambahan 3 buah planet ini termasuk, Charon (satelit terbesar Pluto), Ceres (asteroid terbesar di dalam sistem suria) dan 2003 UB313 (atau lebih dikenali dengan gelaran "planet Xena", tetapi belum dinamakan secara rasmi oleh IAU).

Maklumat ini merupakan draf awal yang diperolehi daripada pertemuan lebih 2500 penyelidik dari 75 buah negara di Prague, Republik Chech, di dalam pertemuan International Astronomical Union (IAU).

Ayat asal di dalam draf berkenaan adalah seperti berikut
"A planet is a celestial body that (a) has sufficient mass for its self-gravity to overcome rigid-body forces so that it assumes a hydrostatic equilibrium (nearly round) shape, and (b) is in orbit around a star, and is neither a star nor a satellite of a planet."


Skema baru ini termasuk

i. 8 buah planet klasik (Utarid, Kejora, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune). Ini ialah objek-objek besar yang mempunyai orbit hampir bulat dan hampir dengan satah orbit (berdasarkan satah orbit bumi).

ii. Planet yang lebih kecil dari Utarid, iaitu Ceres, Pluto, Charon dan 2003 UB313 akan dikenali sebagai "dwarf planet". Pluto akan menjadi prototaip kepada kelas planet yang baru, yang dikenali sebagai Plutons, iaitu objek-objek kecil yang mengambil masa lebih 200 tahun untuk mengelilingi matahari, dan satah orbitnya jauh tersasar dari satah asal Bumi.


Bagaimana pula Charon (satelit Pluto) boleh "dinaikkan taraf" kepada planet? walhal ia mengorbit sebuah planet, iaitu Pluto.


Definisi berikut menerangkan lebih lanjut

"For two or more objects comprising a multiple-object system, the primary object is designated a planet if it independently satisfies the conditions above. A secondary object satisfying these conditions is also designated a planet if the system barycenter [center of mass] resides outside the primary. Secondary objects not satisfying these criteria are 'satellites.' Under this definition, Pluto's companion Charon is a planet, making Pluto-Charon a double planet"


Dalam ertikata lain, jika 2 buah objek saling mengorbit di antara satu sama lain, tetapi pusat atau titik tengah jisim berada di angkasa lepas, yakni tidak berada di dalam permukaan planet yang asal, objek yang kedua itu layak digelar sebagai planet.

Objek-objek lain yang akan dikenali sebagai objek-objek kecil sistem solar (small solar-system bodies). Ini termasuk asteroid, komet dan objek-objek kecil di kawasan Kuiper Belt (yang mempunyai orbit di luar orbit Neptune). Asteroid tidak akan dikenali sebagai "minor planets" kerana ia bukan lagi layak digelar sebagai "planet" berdasarkan definisi baru di atas.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web berikut:

http://www.iau2006.org/mirror/www.iau.org/iau0601/iau0601_release.html
http://www.cnn.com/2006/TECH/space/08/16/new.planets.ap/index.html
http://skytonight.com/news/home/3580231.html


Ahli-ahli IAU akan membuat undian samada untuk menerima definisi baru ini, pada 24 Ogos hadapan.

Tunggu berita terbaru nanti!

(Sumber: SkyTonight.com) 

 

 

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.