arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Luar Negara arrow Pluto digelar sebagai sebuah Planet Kerdil (Dwarf Planet)! Thursday, 20 November 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 7 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
November 20, 2008, 06:47:48 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Pluto digelar sebagai sebuah Planet Kerdil (Dwarf Planet)! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Friday, 25 August 2006

 Pluto digelar sebagai sebuah Planet Kerdil (Dwarf Planet)!

Semalam, International Astronomical UNion (IAU) telah mengumumkan bahawa sistem solar mempunyai hanya 8 buah planet sahaja! Dan Pluto bukanlah salah sebuah daripadanya. Lebih tepat lagi Pluto kini digelar sebagai Dwarf Planet (Planet Kerdil)!

Untuk digelar sebagai planet, IAU telah menetapkan syarat-syarat berikut:

1) Ia mesti mempunyai jisim dan graviti yang mencukupi untuk menjadikan dirinya berbentuk sebagai sebuah bebola.

2) Ia mesti mengelilingi matahari

3) Ia mesti mendominasi kawasan orbitnya. Ini bermakna ia mesti "membersihkan" kawasan sekelilingnya dari objek-objek yang boleh menggugat orbitnya.

Pening? Cuba kita lihat contoh...

Untuk Musytari, ia mengelilingi matahari di dalam orbitnya sendiri tanpa gangguan mana-mana objek - oleh itu ia jelas sebuah planet.

Untuk Pluto pula, ia berkongsi kawasan orbit dengan beribu-ribu objek yang serupa dengannya di kawasan luar sistem suria. Disebabkan ia tidak dapat "membersih" kawasan persekitarannya, ia digelar sebagai Planet Kerdil (Dwarf Planet).

Oleh itu, di dalam definisi baru sekarang, sistem suria kita mempunyai 8 buah planet: Utarid, Kejora, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune; dan 3 buah Planet Kerdil: Ceres, PLuto dan 2003 UB313.

Lihat Press Release IAU.

(Sumber: Spaceweather.com) 

Lagi berita di CNN , SkyTonight , Space.com

 

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.