arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Dalam Negara & Nusantara arrow Dua Pegawai Perubatan Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Ke Rusia Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 15 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 10:10:11 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Dua Pegawai Perubatan Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Ke Rusia PDF Print E-mail
Written by Shah   
Monday, 04 September 2006

Dua Pegawai Perubatan Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Ke Rusia

SEPANG, 4 Sept (Bernama) -- Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Dr Faiz Khaleed dipilih sebagai calon angkasawan negara bagi menjalani latihan di Rusia selama 12 bulan.

Pemilihan mereka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Dr Sheikh Muszaphar, 34, yang masih bujang, berkelulusan MBBS dan penuntut tahun akhir pengajian Surgeri Ortopedik peringkat sarjana di UKM, sementara Faiz Khaleed, 26, pula memiliki ijazah sarjana muda pergigian telah dipilih oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Mereka terpilih daripada 11,000 rakyat Malaysia yang memohon untuk menjadi calon angkasawan pertama negara yang dibuka permohonannya pada 13 Okt 2003.

Kedua-dua mereka akan berlepas ke Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City akhir bulan ini untuk menjalani latihan sebelum seorang daripada mereka dipilih untuk mewakili negara ke angkasa lepas.

Lagi berita di bernama.com  

Nota dari webmaster: Tahniah kepada kedua-dua bakal angkasawan. Satu langkah besar untuk umat Islam di dalam bidang angkasa.

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 05 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.