|
Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 22 Sep 2006 |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 17 September 2006 |
|

Nota: Imej disebelah bukanlah bentuk sebenar hilal. Ia hanya sekadar ilustrasi sahaja.
Berita daripada laman web Bernama baru-baru ini menyatakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen Lokasi melihat anak bulan adalah seperti berikut...
- Pontian Kecil di Johor
- Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka)
- Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
- Bukit Melawati ,Pulau Angsa,Bukit Jugra (Selangor)
- Pantai Pasir Panjang (Perak)
- Pantai Aceh (Pulau Pinang)
- Kampung Pulau Sayak; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar (Kedah);
- Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cetap KUSZA, Setiu (Terengganu)
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan)
- Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu Bintulu (Sarawak);
- Tanjung Dumpil (Sabah)
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
- Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)
|
|
Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
|