arrowHome Tuesday, 02 December 2008  
About me

 

My Portfolio 

Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 21 Guests and 0 Users online
Komen Artikel Terkini
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:26:25 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?
Masalah Login?
Konfigurasi terbaik

Falak-Online paling baik dilayari menggunakan Firefox dan Opera

Syndicate
Counters
Visits yesterday: 0
Visits today: 0
Visits total since Nov 2002: 32812
Maximum visits a day: 0
Pages visited today: 0
Bots today: 0
Suasana ketika gerhana penuh

Klik imej untuk pembesaran

Catatan pengembaraan ekspedisi Gerhana Matahari Penuh 2006 NETT di Turki

Bulan di sepanjang minggu pertama Ramadhan! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 26 September 2006

 Salam Ramadhan buat pengunjung Falak-Online semua. Alhamdulillah kita sudah perlahan-lahan memulakan langkah merentasi bulan yang penuh barakah ini. Di samping sibuk menunaikan ibadah puasa di siang hari, sebaik sahaja terbenam matahari, kita mula sibuk untuk mempersiapkan diri menggandakan ibadah sebelah malam pula.

Sebagai peminat alam cakerawala ciptaan Allah SWT ini, kita sentiasa menantikan keajaiban fenomena yang akan berlaku di langit. Namun, kita sering lupa, langit malam kita sentiasa dinamik dan berubah-ubah. Dan di antara objek yang paling ketara perubahannya ialah Bulan kita sendiri.

Oleh itu, sambil-sambil kita dalam perjalanan ke masjid untuk bersolat jemaah Isya' dan Tarawih, jenguk-jenguk lah ke arah langit dan perhatikan kedudukan Bulan kita, yang sentiasa mengiringi seribu satu macam makhluk Allah yang lain, seperti planet dan bintang-bintang yang membentuk buruj, dan cuba selami apakah rahsia disebalik keunikan, keindahan objek-objek ini, yang sekali imbas nampak ringkas tetapi membawa pelbagai rahsia dan hikmah.

Artikel ringkas ini akan memberi gambaran secara kasar apa yang ada disekeliling Bulan sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan ini.



  26 Sep 2006 - 8 malam

Sekitar jam 8 malam, kita akan lihat Bulan sabit muda sedang melayari di sekitar kawasan buruj Libra. Secara umumnya, buruj Libra agak sukar untuk dilihat bentuknya kerana bintang-bintangnya agak kelam.

Kali ini, lihat ke arah kanan atas dari Bulan, kita akan dapat lihat sebutir bintang yang bersinar terang. Ini sebenarnya ialah planet Musytari. Buat beberapa minggu yang mendatang, ia akan semakin rendah ke ufuk langit, dan seterusnya akan hilang disebalik silauan matahari.
  27 Sep 2006 - 8 malam

Bulan sudah beranjak ke timur sedikit, berbanding lokasi semalam. Kini ia berada ke kiri dari planet Musytari, dan berada di antara buruj Libra dan Scorpio.

Malah, jika diperhatikan betul-betul, di sebelah kiri atas dari Bulan, akan kelihatan sebutir bintang cerah bewarna kemerahan. Ini ialah bintang Antares, sebutir bintang gergasi merah yang juga bintang tercerah di dalam buruj Scorpio.

Anda seharusnya dapat melihat barisan bintang-bintang Scorpio yang membentuk lengkungan ke arah timur. Buruj Scorpio adalah antara buruj yang paling mudah untuk dikenalpasti.


   28 Sep 2006 - 8 malam.

Bulan kini berada hampir dengan bintang Antares, di mana bintang ini akan berada 2 darjah dari kedudukan Bulan.

Keseluruhan buruj Scorpio akan disimbahi cahaya Bulan sabit ini.
   29 Sep 2006 - 8 malam

Bulan sudah mula melayari keluar dari kawasan buruj Scorpio, dan berada di antara buruj ini dan buruj Sagittarius. Jika di amati, Bulan berada betul-betul di kawasan di mana titik tengah Galaksi Bima Sakti kita!

Namun disebabkan cahaya bulan terlampau cerah, ia akan mengakibatkan kelibat cahaya bima sakti di kawasan ini "hilang" dari pandangan!
   30 Sep 2006 - 8 malam

Bulan terus menghala ke timur, dan mula keluar dari kawasan Sagittarius, menuju ke arah kawasan yang agak kosong dari sebarang bintang yang cerah. Ia berada di antara buruj Sagittarius dan buruj Capricorn.
  
Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 26 September 2006 )
 
< Prev   Next >

Pesanan Ringkas


You must be a registered user to shout!
Get your account here!
15 Pos terkini Falak-Online Komuniti
Falak-net yahoogroup
Terkini di BruneiAstronomy
Bruneiastronomy.org
Terkini di Astronomy.com
Astronomy.com - News

 

Events Calendar
« November 2008 > »
S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6
« December 2008 > »
S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Latest Events
No events
SkyTonight Interactive Sky Charts
Carta bintang interaktif dari laman web SkyTonight.com
Cuaca Kuala Lumpur
Kuala Lumpur / Subang, MALAYSIA Weather
Pautan Nusantara

 

 Agensi, Unit Falak, Pusat Pendidikan

 

Persatuan & Pertubuhan

Blog & Laman Web

 



Aplikasi & Utiliti Penting
RegiStax versi 4!
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.