arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Dalam Negara & Nusantara arrow Pengerusi Falak Syarie Malaysia meninggal dunia Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 28 Guests and 1 User online

Personal Message rizal
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 03:36:57 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Pengerusi Falak Syarie Malaysia meninggal dunia PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 28 September 2006

Sumber: Utusan Online.

MACHANG 27 Sept. – Pengerusi Jawatankuasa Falak Malaysia, Abdul Rahman Hussain, 61, meninggal dunia secara mengejut di Hospital Machang, dekat sini, petang semalam selepas mengadu sakit dada.

Bapanya, Hussain Awang, 102, berkata, Allahyarham yang sebelum ini sihat dan tidak pernah mengadu sakit, mampu ke kebun tidak jauh dari rumahnya pada sebelah pagi semalam untuk menabur baja pokok.

‘‘Apabila pulang, barulah dia mengadu sakit dada sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 petang.

“Jenazah Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Islam, tidak jauh dari Masjid Bandar Machang pada pukul 11.30 pagi ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Allahyarham yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, pagi ini.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham pagi ini termasuk Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad dan kadi-kadi jajahan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Halijah Mohd Noor, berusia 50-an dan 12 orang anak.

Allahyarham dilantik ke jawatan berkenaan menggantikan Tan Sri Syed Nasir Ismail yang meninggal dunia pada 1980.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai agama Jabatan Agama Islam Kelantan, pegawai pencegah maksiat, penceramah Tabung Haji dan penceramah undangan bahagian agama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan.

Anaknya, Mohd Tahir Jalaluddin, 24, seorang pelajar di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang ketika ditemui berkata, kali terakhir bapanya menyertai kegiatan ialah di Simfosium Falak Syarie Malaysia anjuran kerajaan negeri Selangor April lalu.

Falak-Online mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat buat roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Thursday, 28 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.