|
Himpunan Marikh, Kejora dengan Matahari menerusi imej Satelit SOHO |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Tuesday, 03 October 2006 |
Jika anda fikir, anda hanya boleh melihat fenomena menarik di langit, cuba fikir sekali lagi. Dengan berbekalkan teknologi pengimejan menggunakan cronograph, satelit SOHO yang kini sedang giat melakukan cerapan terhadap matahari memberi peluang kepada kita menyaksikan fenomena himpunan planetari yang berlaku hampir dengan matahari.
Imej di sebelah menunjukkan kehadiran planet Marikh di sebelah kiri dan planet Kejora di sebelah kanan matahari. Menjelang 23-27 Oktober 2006 nanti, kedua-dua planet ini akan menghampiri matahari dan akan membentuk satu segitiga bersaiz kurang dari 1 darjah!
Fenomena ini akan berlaku hampir dengan matahari dan tidak memungkinkan kita melihat dengan mata kasar. Namun, dengan bantuan satelit seperti SOHO ini, kita berpeluang untuk menyaksikannya walaupun di depan monitor komputer.
Sumber: Spaceweather.com
|
|
Last Updated ( Wednesday, 11 October 2006 )
|