|
Komet C/2006 M4 SWAN sedang menyinar terang di langit petang! |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Thursday, 26 October 2006 |
Terkini 27 Okt : Maklumat dari laman web spaceweather.com menunjukkan kecerahan komet ini semakin pudar, setelah ia tiba-tiba bersinar terang beberapa hari lepas. Buat masa ini ia pada magnitud 5.4, agak kelam untuk mata kasar tetapi masih bagus untuk bino atau teleskop kecil.
Siapa sangka komet C/2006 M4 SWAN ini, yang mana beberapa minggu lalu bersinar disekitar magnitud 6, tiba-tiba sahaja menjadi cerah dan sekarang menyinar di sekitar magnitud 4! Sebelum ini, saya tidak mahu sangat heboh sangat berkenaan komet ini kerana kedudukannya terlalu rendah di kaki langit, dan diburukkan lagi dengan keadaan berjerebu yang melanda negara.
(Comet Swan on Oct. 26. Photo Credit: Paolo Candy.Source: Spaceweather.com) Namun, Alhamdulillah sejak semalam, buat pertama kalinya sejak hampir sebulan, langit biru kelihatan dengan indahnya! Lalu menyemarakkan lagi semangat untuk mencerap di bulan Syawal ini!.
Saya telah sediakan efemeris komet SWAN ini, sehingga 28 November 2006 ini. Pengiraan ini dibuat menggunakan perisian Skymap Pro 8. Boleh lihat DI SINI.
Bagi mendapat maklumat lebih terperinci, cuba rujuk laman web INI.
Peta panduan untuk Kuala Lumpur jam 7.45 malam boleh didapati di sini.
Buat masa ini, komet ini sedang berada di langit sebelah Barat/Barat-Laut, di sekitar buruj Hercules. Cuba lakukan cerapan sekitar jam 7.45 atau 8 malam, kerana ketika itu langit sudah cukup gelap untuk menjejakinya. Guna binokulars dan berbekalkan peta panduan ini, cuba layari kawasan buruj Hercules. Menurut pengalaman saya sebelum ini, sesebuah komet akan kelihatan seperti sebiji bintang yang agak "kabur" dan tidak boleh difokus menjadi titik. Jadikan bintang-bintang lain di langit untuk set fokus binokulars anda. Kemudian apabila anda sedang cuba menjejakinya, jangan usik fokus tersebut.
Antara ciri-ciri yang cuba dilihat ialah warna koma komet, serta panjang ekornya. Jika anda berjaya mencerapnya atau merakam fotonya, jangan lupa laporkan di forum Falak-Online!
Lagi berita komet SWAN di laman web skytonight.com
|
|
Last Updated ( Friday, 27 October 2006 )
|