arrowHome arrow Fenomena arrow Kalendar Samawi arrow Fenomena November 2006 Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 24 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:14:38 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Fenomena November 2006 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Friday, 27 October 2006

Utarid berada di langit petang pada awal bulan ini, tetapi ia kini bergerak laju menghampiri matahari. Pada 9 November 2006 nanti, ia akan melintasi di hadapan matahari, mengulangi fenomena transit Utarid seperti pada tahun 2003 lalu. Menjelang pertengahan November sehingga akhir bulan, ia akan muncul di langit sebelah pagi pula, dan bersinar cerah di sekitar magnitud -0.2 . Perhatikan pada 19 Nov, selepas Subuh sekitar jam 6 pagi, pandang arah timur, Bulan sabit tua akan kelihatan rendah di ufuk langit. Lebih kurang 7 darjah ke arah kiri bawah dari Bulan, akan kelihatan planet Utarid di situ.

Kejora berada agak hampir dengan matahari dan sukar untuk dicerap. Namun menjelang akhir bulan, ia akan perlahan-lahan muncul di langit sebelah petang pula.

Marikh berada hampir dengan matahari dan agak mustahil untuk menjejakinya. Ia akan mula muncul kembali di langit sebelah pagi.

Musytari berada begitu hampir dengan matahari sepanjang bulan November ini, dan agak sukar untuk mencerapnya. Menjelang akhir bulan ini, planet ini akan muncul kembali di langit sebelah pagi.

Zuhal merupakan satu-satunya planet yang mendominasi langit ketika ini! Ia berada tinggi di langit (hampir dengan kedudukan zenith) di sekitar buruj Leo. Ia berada hampir dengan bintang Regulus. Cuba jejakinya pada awal pagi selepas Subuh, arahkan pandangan anda arah Timur, dan dongak ke atas. Zuhal kelihatan seperti sebiji bintang kekuningan bersinar cerah. Jika anda tidak pasti kedudukannya, tunggu tarikh 13 Nov. Pada subuh tarikh tersebut, Bulan akan berada kurang 3 darjah bersebelahan dengan planet ini!. Keesokannya pula, Zuhal, Regulus dan Bulan akan membentuk satu garisan hampir lurus sepanjang 10 darjah.

Uranus dan Neptune akan tinggi tegak di atas kepala dilangit sebelah petang. Uranus akan berada di buruj Aquarius, manakala Neptune akan berada di buruj Capricorn. Guna perisian planetarium yang ada untuk menjejaki kedudukan tepat planet-planet ini.

Komet C/2006 M4 SWAN akan semakin tinggi di langit barat selepas Maghrib sepanjang bulan ini. Ia bermula di buruj Hercules, dan bergerak ke atas setiap hari. Pada pertengahan bulan, ia berada di antara buruj Hercules dan Aquila, dan berada di buruj Aquila sehingga akhir bulan ini. (Lagi info di sini)


Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.