|
Letusan ala Tsunami di Matahari! |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 10 December 2006 |
|
Pada 6 Disember lepas, sebuah letusan yang cukup besar telah berlaku di atas permukaan matahari. Letusan ini dilakukan oleh salah sebuah tompok matahari yang bernombor 930. Walaupun dari segi hakikatnya, letusan sentiasa berlaku di atas matahari, namun yang menarik kali ini ialah, kekuatan serta saiz letusan ini sungguh hebat dan dahsyat sehingga menghasilkan suatu shock wave seumpama sebuah tsunami (lihat gambar).
Kesan letusan ini bergerak begitu jauh dengan kekuatan yang amat tinggi sehingga menghapuskan filamen-filamen api matahari yang kebetulan berada di laluannya! Sebuah teleskop di New Mexico, yang dioperasikan oleh National Solar Observatory (NSO) berjaya merakamnya dengan menggunakan penapis H-alpha. Satu lagi bukti kekuasaan Allah SWT! Subhanallah! (Credit: NSO/Optical Solar Patrol Network telescope)
(Sumber: Spaceweather.com)
|