|
Hari Raya Aidiladha Pada 31 Dis |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Thursday, 21 December 2006 |
|
Hari Raya Aidiladha Pada 31 Dis KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Rabu mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Ahad, 31 Dis ini. "Setelah diperkenankan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1427 Hijrah ialah pada 22 Dis 2006 Masihi. "Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 31 Dis 2006 Masihi," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. -- BERNAMA
|