arrowHome arrow Fenomena arrow Bulan & Persekitaran arrow Bulan & M45 bertemu sekali lagi pada 31 Disember 2006!! Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 22 Guests and 1 User online

Personal Message nsyahron
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 05:51:07 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Bulan & M45 bertemu sekali lagi pada 31 Disember 2006!! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Friday, 29 December 2006

 Pada selepas maghrib, 31 Disember nanti, perhatikan ke arah timur. Kita akan dapat lihat Bulan sedang menyinar terang di kawasan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang cerah. 

Namun, perhatikan dengan lebih teliti. Jika bernasib baik, kita akan dapat lihat betul-betul di sebelah kanan atas dari Bulan, pada jarak kurang 2 darjah sahaja, akan kelihatan sekumpukan bintang-bintang yang membentuk gugusan yang rapat.Dan apabila anda menggunakan binokulars, barulah dengan jelas terbukti bahawa memang ada beberapa butir bintang yang berada rapat dengan Bulan.

Kumpulan bintang itu ialah gugusan bintang M45 atau lebih dikenali sebagai the Pleaides ataupun the Seven Sisters. Sebagaimana diketahui, M45 terletak berhampiran dengan laluan Bulan di langit. Oleh itu ada ketikanya Bulan dan M45 kelihatan amat hampir, dan jika kita bernasib baik, Bulan akan menghijab sebahagian daripada bintang-bintang M45.

Fenomena penghijaban amat menarik kerana kita akan dapat lihat bukti Bulan sememangnya sedang bergerak di langit pada kadar yang amat perlahan. Bintang-bintang M45 ada yang hilang hilang & muncul secara tiba-tiba, akibat pergerakan Bulan dihadapannya.

Tapi agak malang kita Malaysia, sebaik sahaja langit sudah cukup gelap untuk dibuat cerapan, Bulan sudahpun melepasi kawasan M45. Jadi kita tidak dapat menyaksikan fenomena penghijaban buat kali ini.

Namun, pasangan Bulan dan M45 ini tetap menarik untuk dicerap dan dirakam gambar menggunakan kamera digital biasa.

Jom teporong!

(Terima kasih buat astrowan dari Falak-Net kerana mengingatkan fenomena ini!) 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Friday, 29 December 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.