|
Jika anda sentiasa melayari laman web astronomi dari barat, anda akan dapati ketika ini mereka berpeluang menyaksikan sebuah komet yang begitu cerah sedang menyinari langit senja! Komet C/2006 P1 McNaught buat masa ini sedang bersinar disekitar magnitud -1 ! Ia sedang bergerak menghampiri matahari dan pada pertengahan Januari, ia akan berada hanya 0.17 AU (Astronomical Unit) dari matahari! Subhanallah!
Ahli-ahli astronomi di hemisfera utara cukup bernasib baik kerana kedudukan komet ini sesuai untuk dicerap. Kita di Malaysia, serta negara-negara di Khatulistiwa akan mendapati agak mustahil untuk mencerap komet ini, kerana altitudnya sebaik sahaja matahari terbenam, amat-amat rendah! (Cuba perhatikan peta yang disediakan oleh Hazarry di laman web Bruastronomy.) Namun begitu, alasan untuk tidak dapat dilihat di Malaysia sepatutnya bukan menjadi penghalang untuk kita menikmati komet McNaught ini dari kacamata ahli-ahli astronomi lain. Cuba tinjau-tinjau laman web Spaceweather.com , dan anda akan dapat saksikan sendiri keunikan dan betapa cantiknya komet ini! (Photo details: In Reykjavik, Iceland, photographer Islandia Geomatics caught the comet chasing an airplane: Canon Digital Rebel XT, f/5.6, iso 100, 1.5-sec exposure. )
|