arrowHome arrow Fenomena arrow Komet arrow Komet McNaught boleh dilihat di waktu siang! Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 21 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 09:54:23 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Komet McNaught boleh dilihat di waktu siang! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 14 January 2007

 Percaya atau tidak, komet McNaught ini telah pun mencapai magnitud sekitar -4 atau -5 !! Sama cerah atau lebih cerah dari planet Kejora! Setelah ia mudah kelihatan di hemisfera utara, komet ini sedang melintasi begitu hampir dengan matahari, dan hanya boleh dilihat menerusi imej satelit SOHO.

Namun, jika kita tahu kedudukan tepat komet ini, serta berhati-hati dengan tidak melihat tepat pada matahari, InsyaAllah kita akan berupaya melihatnya di waktu siang!

Cuba lihat sahaja foto di sebelah yang turut dipaparkan di laman web Spaceweather.com . Foto ini diambil ketika waktu siang dan amat mudah kelihatan ekornya sekali!

(Photo details: Nikon D70 camera, 500 mm lens.)

Perbincangan di dalam mailing-list comet-ml hangat membincangkan samada komet MacNaught ini layak dimasukkan ke dalam kategori  "Great Comet". setara dengan komet Ikeya-Seki atau komet West terdahulu.

Tip untuk menjejakinya di waktu siang? Sembunyi matahari dari pandangan anda! Gunakan tepi bangunan, bumbung rumah, atau apa-apa halangan, dan halangkan cahaya matahari di situ. Menurut perisian Skymap Pro, komet ini berada lebih kurang 5 darjah ke timur dari matahari! Pastikan langit biru dan bebas dari awan! Dan yang paling pengting, jangan sekali-kali pandang tepat ke arah matahari, samada menggunakan mata, binokulars atau teleskop! 

Selamat mencuba! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.