|
Lagi foto terbaru (bawah) yang diambil oleh
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
, Dunedin, New Zealand pada 18 Jan lepas menggunakan Canon EOS 1D Mrk2, ISO 1000, 4s exposure, f2.8  Komet McNaught telah pun melepasi matahari, dan sedang menuju ke langit hemisfera selatan. Ia juga sudah tidak lagi kelihatan menerusi SOHO. Penduduk di hemisfera utara kini tidak berpeluang menyaksikan komet ini, dan mereka yang menetap di selatan pula menjadi saksi kepada komet yang cukup menakjubkan ini.
Perhatikan sahaja betapa indahnya foto yang ke-2 yang diambil Adnrew Drawneek dari Manawatu, New Zealand yang dipaparkan di laman web skytonight.com . Tiada kata-kata yang dapat menghuraikan betapa cantiknya komet ini melainkan "Subhanallah"! 
Dan cuba lihat foto yang ke-3 pula, yang diambil oleh
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
dari Northern Colorado Astronomical Society , yang menggunakan Canon 20D, ISO 1600, f/4, 17mm lens, 20 seconds. Beliau yang berada di US, ketika itu komet tidak boleh kelihatan lagi, namun disebabkan ekor komet ini begitu besar dan panjang, ekornya masih lagi kelihatan, walaupun pada masa ini, koma atau kepala komet ini telah pun berada di bawah ufuk!
|