arrowHome arrow Fenomena arrow Himpunan Planetari arrow Utarid menemani Kejora di ufuk senja Tuesday, 07 October 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 19 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
October 07, 2008, 09:36:45 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Utarid menemani Kejora di ufuk senja PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 28 January 2007

 Setelah beberapa minggu kita disajikan oleh berita dan foto komet McNaught yang begitu menakjubkan, kini tiba masanya kita beralih pandangan kepada 2 buah planet yang sedang melayari langit sebelah petang.

Jika kita tinjau arah ufuk barat sekitar jam 7.45 petang, mata kita akan dapat lihat sebutir 'bintang' yang cerah menyinar. Itu lah planet Kejora atau Venus. Bersinar pada magnitud -3.9 , ia cukup cerah untuk dilihat pada waktu siang. Buat beberapa bulan mendatang ia akan terus mendominasi langit petang.

Tetapi ia tidak keseorangan. Planet Utarid sedang muncul dari ufuk dan mula bergerak mendekati Kejora buat beberapa hari akan datang. Cuba lihat simulasi kedudukan kedua-dua planet ini di atas. Utarid akan bersinar pada magnitud -1, secerah bintang Sirius. Tetapi disebabkan ia begitu hampir dengan ufuk dan langit pun belum cukup gelap, maka ia agak mencabar untuk dicari.

Namun, gunalah kedudukan planet Kejora untuk menjejaki planet Utarid ini.

Dan jangan lupa kamera digital anda. Ambillah seberapa banyak foto yang mampu dengan menggunakan setting yang berlainan, untuk merakam himpunan planetari yang menarik ini!

Jom teropong! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.