arrowHome arrow Fenomena arrow Bulan & Persekitaran arrow Bulan melawati Musytari (12 Mac) , Marikh (16 Mac) dan Utarid (17 Mac) Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 21 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 09:56:23 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Bulan melawati Musytari (12 Mac) , Marikh (16 Mac) dan Utarid (17 Mac) PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 11 March 2007

 

 
Minggu hadapan merupakan minggu yang amat sesuai bagi kita yang mahu menjejaki kedudukan 3 buah planet yang sedang bersinar di langit sebelah pagi menjelang fajar menyinsing. Gabungan kedudukan orbit Bumi sekeliling matahari serta laluan Bulan dikeliling Bumi, suatu geometri indah akan terbentuk.

Pertama ialah pada awal pagi Isnin (12 Mac 2007), sekitar jam 6 pagi. Sambil pandang ke arah Bulan yang berada ke arah Selatan, mata kita akan terpandang ke sebutir bintang cerah yang berada di kedudukan 6 darjah ke atas kiri dari Bulan. Itulah planet Musytari yang sedang mendominasi langit pagi buat beberapa bulan ini. Jika diperhatikan arah atas kanan dari Bulan pula, kita akan terlihat sebutir bintang kemerahan. Itu ialah bintang Antares, atau alpha Scorpii, bintang utama dalam buruj Sorpius.

Beberapa hari kemudian, kita akan lihat Bulan semakin rendah ke arah ufuk Timur, sambil fasanya semakin kecil membentuk sabit tua.
   Pada awal pagi Jumaat, 16 Mac 2007 pula, planet Marikh pula berada hampir dengan Bulan, pada kedudukan kurang 4 darjah ke kiri dari Bulan. Namun, jangan pula anggap Marikh akan bersinar terang seperti ketika ia istiqbal dengan Bumi pada Nov 2005 lepas. Buat masa ini ia sedang bersinar secerah magnitud 1.2 sahaja, sekali pandang seperti bintang biasa. Ini adalah kerana ia berada begitu jauh dengan Bumi, di sebelah belakang matahari, pada jarak 2 Astronomical Unit atau 301 juta km dari Bumi! Pada jarak itu, cahaya darinya mengambil masa 16 minit untuk sampai ke mata kita!
   

Pada esoknya ,Sabtu 17 Mac 2007, peluang untuk menjejak planet Utarid pula. Planet ini lebih cerah dari Marikh, sekitar magnitud 0, tetapi kedudukannya yang hampir dengan ufuk dan untuk menunggunya tinggi sedikit, langit pula sudah semakin cerah akibat kehadiran cahaya matahari. Oleh itu, pada pagi ini, Bulan akan membantu kita. Utarid akan berada kurang 3 darjah ke arah kiri dari Bulan. Tidak ada bintang lain sekitar Bulan yang akan secerah Utarid ketika ini, yang memudahkan sedikit usaha kita mencarinya.

 


Oleh itu, gunalah peluang ini untuk terus-menerus menikmati keindahan langit samawi yang sentiasa dinamik dan sarat dengan fenomena yang menarik.

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Sunday, 11 March 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.