arrowHome arrow Fenomena arrow Bulan & Persekitaran arrow Peluang menjejaki Kejora dan Zuhal menggunakan kedudukan Bulan Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 30 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 06:01:33 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Peluang menjejaki Kejora dan Zuhal menggunakan kedudukan Bulan PDF Print E-mail
Written by Shah   
Friday, 18 May 2007

 Bulan sekali lagi muncul di langit sebelah petang, dan kali ini ia akan menemani beberapa buah planet yang sedang menyinari dengan gahnya pada waktu senja. Peluang beberapa hari ini tidak harus dilepaskan kerana posisi Bulan akan dapat membantu kita mengenalpasti mana satu planet dan mana satu bintang!

Pada senja 19 Mei nanti, selepas Maghrib, perhatikan ke arah barat. Akan kelihatan Bulan sabit muda yang indah. Jika cuaca bebas dari awan, kita akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena Earthshine. (Lihat Projek Foto Earthshine )

Tetapi apa yang saya cuba bawakan kepada anda semua ialah kehadiran sebiji bintang yang cerah bersinar di atas kedudukan Bulan, sekitar 7 darjah. Itu ialah planet Zuhrah atau Kejora, yang ketika ini sedang menyinar pada kecerahan magnitud -4.2 .

Pada keesokannya pula, iaitu 20 Mei, Bulan sudahpun bergerak ke atas dan berada di atas kanan dari planet Kejora pula. Dan jika kita panjangkan garisan dari Kejora ke Bulan, dan diteruskan garisan ini ke sebelah atas kanan bulan, ia akan bertemu dengan bintang Pollux, salah sebuah bintang utama dalam buruj Gemini. Pasangan bintang Pollux ini, iaitu Castor berada ke arah kanan bawah dari Pollux.

Pada 21 Mei pula, Bulan sudah bergerak menjauhi Kejora. Tetapi apa yang menarik pada tarikh ini ialah, Bulan akan berada betul-betul antara Kejora dan Zuhal. Cuba buat garisan dari Kejora ke arah Bulan dan teruskan garisan ini. Ia akan bertemu dengan sebiji bintang yang sekali sekala agak kekuningan. Itu ialah planet Zuhal!

Jika masih keliru akan kedudukan Zuhal, jangan risau. Pada 22 Mei, Bulan akan berada agak hampir dengan Zuhal. Pada petang ini, Zuhal akan berada lebih kurang 5 darjah ke atas dari Bulan. Agak mustahil untuk kita tidak menjumpainya.

Dan pada 23 Mei, Bulan sudah bergerak semakin ke arah timur. Zuhal akan berada di bawah Bulan pula. Dan jika diperhatikan betul-betul, sedikit sahaja ke atas dari Bulan, sebuah bintang akan kelihatan. Bintang ini ialah bintang bernama Regulus, bintang utama di dalam buruj Leo.

Sememangnya fenomena-fenomena ini terus-menerus mempersonakan sesiapa sahaja yang ingin melihatnya. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Dan jika anda mempunyai kamera digital, jangan lupa ambil foto dan poskan ke falakonline.

Jom teropong!

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Friday, 18 May 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.