arrowHome arrow Fenomena arrow Kalendar Samawi arrow Musytari Opposisi malam ini , 6 Jun 2007. Cerapan Umum di Universiti Malaya Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 23 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 09:43:44 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Musytari Opposisi malam ini , 6 Jun 2007. Cerapan Umum di Universiti Malaya PDF Print E-mail
Written by Shah   
Wednesday, 06 June 2007

PETA KE BALAICERAP UM!  

Pada hari ini, 6 Jun 2007, planet Musytari berada di dalam kedudukan Opposition , iaitu ia berada di dalam satu garis 180 darjah dengan matahari dan bumi. Ini bermakna apabila matahari terbenam di ufuk Barat petang nanti, planet ini akan mula terbit di ufuk Timur. Satu lagi fenomena yang hampir serupa ialah ketika fenomena Bulan Purnama.

Oleh itu sukacita dimaklumkan, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya akan mengadakan cerapan umum pada malam ini , 6 Jun 2007, bertempat di Balaicerap Universiti Malaya, bermula dari jam 8 mlm hingga sekitar 11 mlm.

Jika cuaca mengizinkan, kita akan berpeluang menyaksikan planet Musytari di dalam kedudukan Opposisi menggunakan teleskop-teleskop yang disediakan pada malam ini.

 Apa yang anda berpeluang untuk lihat? Pada jarak 644 juta km malam ini, dan masa cahayanya untuk sampai ke mata kita mengambil masa hampir 36 minit, kita berpeluang menyaksikan keadaan atmosferanya yang penuh dengan jalur-jalur. Dan sekitar jam 8 malam, jika sempat, kita akan cuba jejaki pusaran puting beliung gergasinya, the Great Red Spot, yang mana ketika itu sedang perlahan-lahan hilang dari pandangan kerana putaran Musytari di atas paksinya.

Di samping itu,  kesemua 4 buah bulan utama , yang sering digelar sebagai the Gallileans, akan kelihatan dengan kedudukan seperti gambarajah di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di UM, boleh hubungi Makmal Fizik Angkasa di talian : 03-79674100

Jom ke sana ramai-ramai.

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Wednesday, 06 June 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.