|
Kembara Bulan Minggu ke-25 (18-24 Jun 2007) |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 17 June 2007 |
|
Minggu ke-25
Minggu ini, kita akan sekali lagi dipersembahkan tarian planet-planet bersama Bulan di langit sebelah barat, sebaik sahaja matahari terbenam di ufuk. Jom kita tengok apa yang menarik bakal berlaku!  | Isnin (18 Jun 2007)
7.30 PM: Sebaik sahaja selepas Maghrib, lihat arah Barat. Kita akan dapat lihat Bulan sabit muda dan bersinar terang. Dan betul-betul di sebelah atasnya, lebih kurang 2 darjah, planet Kejora sedang bersinar pada kecerahan yang sungguh ekstrem, iaitu pada magnitud -4.4.
Kemudian, jika kita terus melukis garisan dari Bulan ke arah Kejora, dan terus ke atas, kita akan bertemu planet Zuhal pula. Agak mustahil untuk kita terlepas pandang planet ini kerana Zuhal, Kejora dan Bulan membentuk satu garisan lurus menegak ke atas.
|  | Selasa (19 Jun 2007)
7.30 PM: Bulan telah bergerak ke atas arah Timur. Dan pada petang ini, ia hampir dengan planet Zuhal pula. Planet Zuhal berada 1.5 darjah ke bawah dari kedudukan Bulan.
|  | Rabu (20 Jun 2007)
8 PM: Pada petang ini, Bulan sudah semakin jauh dari Kejora dan Zuhal. Tetapi jika kita perhatikan betul-betul ke bawah dari kedudukan Bulan, ada sebiji bintang yang agak cerah bersinar. Bintang ini ialah Regulus, bintang utama dalam buruj Leo. Formasi petang ini amat menarik kerana Kejora, Zuhal, Regulus dan Bulan membentuk satu garisan lurus. | | | Khamis (21 Jun 2007) 8 PM: Kejora, Zuhal, Regulus dan Bulan masih membentuk satu garis lurus, tetapi kedudukan Bulan petang ini sudah semakin jauh dari himpunan planet-planet tadi. |  | Ahad (24 Jun 2007)
8 PM: Bulan berada hampir dengan bintang Spica, bintang utama dalam buruj Virgo, pada jarak 1.5 darjah antara satu sama lain. |
|
|
Last Updated ( Sunday, 17 June 2007 )
|