arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Isu Hangat arrow Nasib Pluto! Thursday, 28 August 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 18 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
August 28, 2008, 07:29:58 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Nasib Pluto! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 26 June 2007

 (Pluto bersama bulan-bulannya, Charon, Nix dan Hydra)

Ok, cerita ini mungkin dah agak lama (keluar kali pertama pada 15 Jun lepas), tapi saya masih rasa terpanggil untuk mengungkai kembali kontroversi yang sentiasa mengelilingi sebuah objek yang dinamakan Pluto.

Masih ingatkah anda semua, hampir setahun dulu, Pluto telah diturun-taraf daripada tergolong di dalam golongan elit bernama "Planet" dan dicampakkan ke dalam sebuah golongan baru yang bernama "Planet Kerdil"? Apabila para saintis di International Astronomical Union (IAU) membuat keputusan itu berdasarkan undian, ramai yang menganggap, tak pe, Pluto mungkin tidak lagi layak digelar sebagai sebuah "planet", tetapi ia masih boleh digelar penghulu kepada golongan "planet kerdil", kerana berdasarkan saiznya yang terbesar di kalangan "planet-planet kerdil" yang lain.

Namun begitu, penemuan terbaru telah menjadikan tempat Pluto sebagai penghulu ini bakal tercabar, apabila sebuah lagi planet kerdil, Eris, telah disahkan , bukan sahaja mempunyai diameter yang lebih besar dari Pluto, malah jisimnya turut jauh lebih padu (27% lebih padu) daripada Pluto!

Penemuan ini dibuat oleh seorang professor bidang planetari, Michael E. Brown dan pelajarnya Schaller melakukan pencerapan terhadap pergerakan orbit bulan kepada Eris, iaitu Dysnomia, dengan menggunakan Balaicerap Keck serta Teleskop Angkasa Hubble.

Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga! Kasihan Pluto!

(Rujukan: cnn.com) 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 26 June 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.