|
FalakOnline merupakan sebuah komuniti maya para peminat, penggiat (amatur ataupun professional) ilmu Astronomi. Di samping menyediakan artikel-artikel ringkas berita-berita astronomi, FalakOnline juga mempunyai sebuah forum khas untuk anda yang berminat untuk berkomunikasi dengan rakan lain, ataupun mahu berkongsi pengalaman atau belajar tips-tips terbaru dunia astronomi. Ia dipanggil sebagai FalakOnline Komuniti.
Untuk menjadi ahli kepada Komuniti ini, anda hanya perlu klik pada link "Register" di ruangan Login. Masukkan maklumat yang diperlukan. Selepas itu, saya sendiri akan "APPROVE" keahlian anda. Mengapa perlu "APPROVE"? Ini adalah kerana sejak beberapa bulan ini, terdapat begitu banyak Bots-bots yang berkeliaran di internet, sambil melakukan registration secara automatik ke forum ini. Saya dapati username dan email yang digunakan, semua di-generate secara random! Oleh itu bagi mengelakkan ia disalahgunakan, saya terpaksa APPROVE-kan terlebih dahulu keahlian anda. Oleh itu, jika selepas Register dan anda tak boleh Login, ini bermaksud saya belum lagi APPROVE keahlian anda. Bagi memastikan ia berjalan lancar, saya mohon agar anda yang baru register, ataupun sudah lama register tetapi tak boleh login, supaya email kepada saya menerusi salah satu daripada email di bawah. InsyaAllah, saya akan APPROVE kan secepat mungkin. Segala kesulitan ini amat-amat dikesali tetapi perlu diambil buat sementara waktu. Harap maklum. 
|