arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Penemuan terkini arrow Bintang MIRA mempunyai ekor seumpama sebuah komet!! Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 30 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 06:00:51 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Bintang MIRA mempunyai ekor seumpama sebuah komet!! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 16 August 2007

 Kita selalu melihat menerusi gambar-gambar bagaimana cantik ekor sebuah komet, apabila ia melintasi berhampiran dengan matahari. Ekor komet ini terhasil apabila gas-gas pada permukaannya terpeluwap, akibat suhu yang meningkatkan apabila ia semakin hampir dengan matahari, membentuk suatu lapisan gas seolah-olah selapis atmosfera, yang dipanggil koma. Kemudian, hasil daripada angin suria yang datang daripada matahari, gas-gas ini akan ditiup ke belakang dari kepala komet tersebut membentuk ekor.

Nuklues atau kepala komet ini merupakan ketulan batu, debu dan ais sebesar 50 km sahaja, namun saiz komanya boleh mencapai saiz sebesar matahari, dan panjang ekor sesebuah komet boleh mencapai sepanjang 1 A.U. (iaitu jarak matahari-bumi) !

Itu baru komet!

Tetapi bayangkan rupa bentuk yang sama seperti komet, tetapi mempunyai saiz yang jauh lebih besar, dan saiz 'ekor'nya boleh mencapai hampir 13 Tahun Cahaya panjangnya, atau 20,000 kali ganda jarak purata Matahari-Pluto!!


Dan ia bukannya sebuah komet, tetapi ia datang daripada sebuah bintang! Bintang itu ialah Mira!! (lihat foto yang diambil oleh satelit GALEX)

Penemuan mengejutkan ini telah diumumkan (pada 15 Ogos 2007 ) oleh penyelidik astronomi yang menggunakan sebuah teleskop NASA bernama, Galaxy Evolution Explorer atau GALEX. Teleskop GALEX meninjau langit pada julat cahaya Ultraviolet, dan apabila ia tinjau arah bintang Mira, ia telah merakam sebuah kejadian yang belum pernah dilihat mengelilingi sebuah bintang!

Mira, ialah sebuah bintang gergasi merah dan juga bintang variable (iaitu berubah-ubah kecerahannya dalam tempoh tertentu) dan terletak pada jarak 418 Tahun Cahaya dari Bumi. Ia dikelilingi oleh sebuah bintang kecil (white dwarf) yang dipanggil Mira B, yang beredar keliling Mira A setiap lebih kurang 400 tahun.

Bintang ini cukup popular dan sering dicerap oleh peminat astronomi, amatur mahupun professional. Penemuan baru ke atas sebuah objek sepopular Mira cukup mengejutkan, dan membuktikan masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu walaupun pada kasarnya kita sudah mengetahui sesuatu objek dengan begitu lama sekali.

Berbalik kepada cerita ekor Mira ini, saintis masih belum tahu kenapa ia terjadi demikian. Besar kemungkinan ekor itu terhasil apabila Mira membuang sebahagian daripada gas-gasnya ke angkasa. Dan ia ditambah pula dengan kelajuan bintang ini merentasi angkasalepas. Berbanding dengan bintang gergasi merah yang lain, Mira bergerak begitu laju iaitu sekitar 130km sesaat!!

Sebuah animasi yang menarik boleh dilihat di sini.

Ekor Mira ini hanya bersinar pada cahaya ultraviolet. Oleh sebab itu baru sekarang apabila GALEX meneropongnya, barulah para saintis tahu akan kewujudan sebuah struktur yang tidak pernah difikir keluar darip sebuah bintang yang sudah dikaji selama lebih 400 tahun!!

Subhanallah!!

Sumber: Science@NASA

Rujukan lain:

 GALEX ; BBC
Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 21 August 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.