|
Bengkel ANGKASA Youth or Space: The Next 50 Years pada 8-9 Sep 2007 |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 09 September 2007 |
|
(Gambar kenangan sebahagian peserta bengkel)
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengadakan bengkel bertajuk Youth For Space : The Next 50 years, pada 8-9 Sep 2007 bertempat di ILKAP, Bangi.
Peserta telah dipersembahkan dengan pelbagai skop topik merangkumi 3 aspek yang berkaitan dengan angkasa, iaitu Security, Discovery dan Prosperity.
Para peserta bengkel ini terdiri daripada belia-belia berumur 35 tahun ke bawah, dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan minat (tidak semestinya bidang astronomi).
Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman sendiri melibatkan diri secara aktif di dalam perbincangan yang diadakan sepanjang 2 hari ini.
Saya diberi amanah untuk menyampaikan satu tajuk "Future Of Astronomy" di bawah kumpulan Discovery. Saya tidak berpeluang untuk menyertai kumpulan lain, kerana ia dijalankan serentak, namun berasa amat bertuah kerana Datuk Mazlan sendiri berada di dalam kumpulan yang sama, untuk menyampaikan tajuk berkenaan Program Angkasawan Malaysia. Dan ada juga di kalangan peserta yang hadir merupakan calon angkasawan peringkat-peringkat akhir! Dan rupa-rupanya salah seorang dari mereka merupakan ahli FalakOnline!!
Dan salah seorang ahli aktif FalakOnline, cik Farhana kita, turut menjadi peserta bengkel ini!
Mudah-mudahan poin-poin yang diketengahkan menerusi bengkel ini akan menjadi landasan asas kepada pengukuhan program angkasa lepas dan sains angkasa di Malaysia.
|