arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Dalam Negara & Nusantara arrow Angkawasan Malaysia - Menggapai Cakerawala Monday, 08 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 24 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 08, 2008, 05:23:35 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Angkawasan Malaysia - Menggapai Cakerawala PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 09 October 2007

 Malam esok, Malaysia bakal melahirkan angkasawan pertamanya. Walaupun banyak perbincangan dan perdebatan berkenaan dengan status angkasawan ini, samada layak atau sekadar 'space tourist', bagi diri saya yang tak cukup ilmu ini, dengan terlancarnya roket Soyuz kelak, saya mendoakan agar rakyat di Malaysia, terutama sekali umat Islam akan mula membuka mata dan melihat akan kebesaran alam ciptaan Allah SWT ini. 

Cuba anda bayangkan, dengan begitu banyak wang dilaburkan dan bertahun-tahun latihan yang agresif terpaksa diharungi oleh Dr. Sheikh dan Dr. Faiz, kesemua ini hanya berupaya mencapai di suatu kawasan yang hanya beberapa ratus km sahaja dari permukaan bumi! Ini belum lagi usaha-usaha untuk hantar manusia 'kembali' ke bulan atau yang lebih ambitious, ke planet Marikh, yang mana kedua-dua jasad tersebut hanya berada di dalam lingkungan sistem suria kita sahaja.

 Cuba bayangkan betapa besarnya alam semesta yang cukup magnificient ini. Cubalah kita lihat dari konteks penyuburan ilmu falak atau astronomi ini sendiri. Saya berasa amat terangsang kerana setidak-tidaknya, masyarakat Malaysia sekarang mula mengambil tahu apa itu angkasa lepas, apa itu langit, apa itu orbit. Ini bakal menjadi satu pemangkin kepada evolusi percambahan ilmu yang tertua di dunia, ilmu yang pada suatu ketika dahulu dikuasai oleh umat Islam, ilmu yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Mungkin segala yang berlaku sekarang ini ada hikmahnya. Setidak-tidaknya selepas ini, lebih ramai rakyat Malaysia, samada generasi muda atau veteran, mula mendongak-dongak ke langit dan mula berkata "Alangkah hebatnya langit ciptaan Allah SWT ini"

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 09 October 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.