arrowHome arrow Projek dan Tip arrow Tip mencerap arrow Jom jejaki ISS di angkasa! Thursday, 28 August 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 15 Guests and 1 User online

Personal Message MUZZAMIR
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
August 28, 2008, 07:38:40 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Jom jejaki ISS di angkasa! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 16 October 2007

(Kiri: ISS boleh dirakam dengan menggunakan kamera digital biasa)

(Jom bincang artikel ini di forum)

Demam angkasawan masih lagi hangat diperkatakan di sana sini. Sambil-sambil terperangkap selama 14 jam menuju ke Terengganu pada Khamis lepas untuk pulang berhari raya, saya sempat tinjau-tinjau berita perlancaran roket Soyuz, yang membawa anak muda negara ke ruang angkasa.

Ketika itu, hati saya teringat kembali pada beberapa bulan lepas, di mana saya telah berjaya mencerap kehadiran ISS di langit Malaysia. Sememangnya ISS sekarang cukup besar sekarang untuk menzahirkan kehadirannya di langit petang atau pagi dengan penuh indah. Sebagai rekod, pada ketika saya melihat ISS, ia bersinar pada kecerahan magnitud -5, jauh lebih cerah dari planet Kejora!

Jadi, bagaimana saya mendapat maklumat berkaitan dengan laluan ISS ini? Jawapannya terletak pada sebuah laman web yang cukup mahsyur dengan maklumat berkenaan kenampakan satelit-satelit buatan manusia, iaitu Heavens-Above. (Link di bawah, terima kasih kepada Nursyah kepada mengingatkan saya untuk meletakkan link tersebut! Cool )


Langkah pertama yang anda perlu buat ialah register (secara percuma) ke laman web ini. Langkah ini adalah optional, namun ia bagus dari segi ia membenarkan kita mempunyai beberapa set lokasi yang mungkin kita mahu simpan maklumat koordinatnya, untuk digunakan pada masa-masa tertentu. Jika anda tidak mahu register, anda masih boleh menggunakan fasiliti laman web ini tetapi anda terpaksa memasukkan kordinat lokasi/bandar anda setiap kali anda melayari Heavens-Above!

Setelah anda register, dan anda akan dinyatakan samada proses registration anda berjaya atau tidak. Jika berjaya, anda akan ditanya samada mahu memilih lokasi cerapan (observation site) anda. Anda boleh memilih samada untuk memilih lokasi dari pangkalan data sedia ada atau memasukkan kooridat secara manual. Bagi saya, lebih gemar untuk menggunakan pangkalan data yang ada. Tetapi jika anda mempunyai alat GPS, atau menggunakan Google Earth, anda boleh dapatkan koordinat dan memasukkannya secara manual.

Apabila anda memilih option yang pertama, anda akan ditanya untuk memilih negara mana anda berada. Setelah pilih Malaysia, anda diminta untuk memasukkan nama bandar.

Di sini saya cukup suka dengan fasiliti di mana, jika kita tidak tahu ejaan sebenar bandar kita, kita boleh menggunakan "wildcard" untuk mencarinya.

Masukkan nama bandar anda, contoh "Kuala Lumpur"

Laman seterusnya menunjukkan keputusan carian anda. Ia akan menyenaraikan "Kuala Lumpur", beserta dengan Long Lat dan yang menarik ialah link bernama "Neighbours"

Jika anda mahukan "Kuala Lumpur" dimasukkan ke dalam senarai lokasi cerapan anda, klik sahaja perkataan "Kuala Lumpur".

Tetapi jika anda mahu lebih spesifik atau berada di persekitaran "Kuala Lumpur", klik pada link "Neighbours", dan senarai lokasi-lokasi berhampiran dengan titik kordinat "Kuala Lumpur" tadi akan terpapar. Dan seperti mana tadi, untuk memilih lokasi pilihan anda, klik sahaja pada nama yang diinginkan.

Apabila anda sudah klik pada nama bandar pilihan, anda akan dibawa ke laman "Your Observing Sites", di mana ia akan menyenaraikan lokasi-lokasi yang anda pilih. Anda boleh edit, delete atau setkan mana satu lokasi sebagai "Default". Tujuan memilih satu-satu lokasi sebagai "default" ialah apabila anda login selepas ini, ia akan terus membuat pengiraan berdasarkan lokasi "default" anda.

Klik link "Home", dan anda akan dikembalikan ke laman utama Heavens-Above.

Di sini, laman ini mengandungi bahagian-bahagian seperti Configuration, Satellites, Astronomy dan Miscellanous.

Secara asasnya, bahagian Configuration adalah di mana anda memasukkan maklumat seperti lokasi pencerapan anda, tukar kata laluan dan sebagainya. Bahagian Satellites ialah bahagian di mana kita boleh membuat pengiraan dan mendapatkan jadual kenampakkan satelit-satelit yang berada di dalam orbit bumi. Bahagian Astronomy pula memaparkan efemeris dan maklumat koordinat objek-objek sistem suria kita, seperti planet dan komet, serta maklumat asas langit malam. Bahagian Miscellaneous adalah berkaitan hal-hal lain.

Untuk artikel ini, saya mahu tumpukan kepada bahagian Satellites, kerana kita mahu menjejaki ISS.

Perhatikan ke bahagian Satellites. Anda akan lihat sebuah link bernama "ISS". Klik pada link tersebut.

Apa yang berlaku di sini ialah, laman web ini akan buat pengiraan kenampakan ISS berdasarkan lokasi "default" anda. Ia akan membuat pengiraan untuk setiap 10 hari kenampakan. Jika ISS tidak berada di kawasan pencerapan anda, ia akan menyatakan "No visible passes found within the search period.".

Jika ada, ia menyenaraikan sebuah jadual berdasarkan tarikh kenampakan ISS. Penerangan bagi setiap kolum jadual adalah seperti di bawah.

Date - tarikh ketika ISS boleh dilihat.

Mag - Kecerahan ISS ketika ia melintasi langit anda. Lebih kecil nombor itu, lebih cerah. Sebagai panduan, planet Kejora bersinar pada Mag -4.0 ,bintang Sirius (bintang paling cerah di langit) bersinar pada Mag -1.4

Start>Time - Waktu dalam format 24 jam, ketika ia mula kelihatan di langit.

Start>Alt - Altitud atau ketinggian dari ufuk ketika ia mula kelihatan di langit, dalam skala darjah.

Start>Az - Arah mata angin, atau Azmiuth ketika ia mula kelihatan di langit. Contoh NNW bermaksud di antara North dan NorthWest.

Max>Time - Waktu dalam format 24 jam, ketika ia di puncak kenampakan di langit

Max>Alt - Altitud atau ketinggian dari ufuk ketika ia di puncak kenampakan di langit, dalam skala darjah.

Max>Az - Arah mata angin, atau Azmiuth ketika ia di puncak kenampakan di langit. Contoh NNW bermaksud di antara North dan NorthWest.

Ends - sama seperti di atas, tetapi ketika ia mula menghilang dari pandangan.

Jika anda mahu dapatkan maklumat kenampakan pada tarikh-tarikh akan datang atau sebelum, klik sahaja pada link "Next" atau "Previous".

Link "Orbit" akan menunjukkan peta dunia, dan lokasi di mana ISS berdasarkan peta bumi.

Apa yang anda bakal nampak? Ia bergantung penuh kepada kecerahannya, serta keadaan cuaca di lokasi pencerapan anda. Anda perlu langit yang cerah dan bebas dari awan. Dapatkan lokasi yang luas dan bebas dari halangan seperti bangunan, pokok atau bukit.

Sekali imbas, ISS akan kelihatan seperti bintang biasa, tetapi apabila anda perhatikan betul-betul, ia sebenar bergerak agak laju. Ia tidak berkelip, seperti kapal terbang, tetapi kecerahannya mungkin akan berubah-ubah dari kelam kepada cerah dan kelam kembali. Ini bergantung kepada bahagian badan ISS mana yang sedang memantulkan cahaya matahari ke lokasi kita di bumi.

Pada awal perlancaran ISS, ia tidaklah begitu cerah, tetapi sejak panel solarnya mula dipasang dan dibuka, kecerahanya berlipat kali ganda, dan menjadikan ia sebuah objek yang cukup menarik untuk dicerap.

Oleh itu, apa lagi yang hendak ditunggu? Dr. Sheikh mungkin berpeluang untuk ke sana, tetapi bagi kita yang selebihnya tetap berpeluang untuk menyaksikan sebuah stesyen angkasa yang cukup menakjubkan dari laman rumah kita sendiri.

Jom Teropong!

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Friday, 19 October 2007 )
 
Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.