|
Komet 17P/Holmes tiba-tiba menjadi cerah berlipat kali ganda dalam masa 24 jam! |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Thursday, 25 October 2007 |
|
[UPDATE] Muat turun Peta Panduan mencari Komet 17p/Holmes di sini. Kedudukan untuk esok pagi (3 pagi, 26 Okt 2007 ) Sebuah komet yang bernama 17P/Holmes, yang mana bersinar pada magnitude 17 sahaja, 24 jam sebelum ini, telah bertambah kecerahannya pada faktor 500,000 kali, dan menjadi sebuah objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, pada kecerahan mag 2.5 !!!
Saya telah memerhatikan laporan daripada mailing-list comet-ml sejak beberapa hari lepas, dan pagi tadi dikejutkan berita sms dari rakan kita dari Brunei, sdra Hazzary, yang menyatakan komet ini telah capai kecerahan mata kasar! Agak malang cuaca berawan di sekitar KL pagi tadi.
Laporan dari laman web Spaceweather.com, ahli astronomi dari Iran, Babak Tafreshi, melahirkan rasa terkejutnya apabila berjaya melihat komet ini dengan mudah, walaupun dari kawasan bandar Tehran. (Lihat foto di sebelah!)
Kecerahan melampau komet ini mungkin disebabkan nukleusnya sedang berpecah, tetapi tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya berlaku.
Buat masa ini, komet ini lebih kelihatan seperti sebuah bintang, kerana ekornya tidak jelas kelihatan.
Kedudukan altitud pada jam 3 pagi dari Kuala Lumpur adalah sekitar 42 darjah! Apa lagi...jom teropong! Sumber: Spaceweather.com
|
|
Last Updated ( Thursday, 25 October 2007 )
|