|
Terkini Komet 17P/Holmes selepas 48 jam |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Friday, 26 October 2007 |
|
Laporan dari ahli astronomi samada amatur ataupun profesional seluruh dunia, bagi 24 jam yang lalu, masih menunjukkan komet 17P/Holmes ini kekal menyinar pada magnitud 2.5. Dan sekarang sudah ada tanda-tanda koma komet ini mula kelihatan. Di dalam perbincangan kumpulan comet-ml , masih terdapat perdebatan samada ekornya sudah kelihatan atau tidak. Tetapi secara umumnya, komet ini kelihatan seperti sebuah bebola yang bulat.
Imej di atas, di ambil dari laman web cometography , yang diambil oleh Gary W. Kronk dari Balaicerap Kronk, Illinois, USA, menunjukkan perbandingan kecerahan komet ini dengan 2 buah bintang yang berada berdekatan dengannya, iaitu bintang Alpha Persei dan Delta Persei.
Awal pagi tadi (3 pagi, 26 Okt), saya cuba menjejaki komet ini dari rumah, tetapi tidak kesampaian kerana langit berawan, hinggakan bulan pun susah kelihatan. Mudah-mudahan pagi esok ada rezeki, InsyaAllah.
Saya telah tambahkan RSS feed dari forum perbincangan comet-ml di bawah untuk rujukan semua. Selamat mencuba!
|