|

[Lagi foto di Forum FalakOnline ] [Foto oleh Hazzary (Bruneiastronomy.com) ] [Lagi foto-foto Komet 17P/Holmes dari ahli astronomi seluruh dunia di sini ] Komet 17P/Holmes telah berjaya dijejaki dari Kuala Lumpur malam tadi. Sekitar jam 11.30 malam, 26 Okt 2007, saya cuba jengah ke langit, dan mendapati ia agak bebas dari awan. Apa lagi, terus saya capai binokular 9X63 dan tinjau arah Utara.Pada mulanya, saya nampak beberapa buah bintang buruj Perseus yang berada betul-betul di atas barisan bumbung rumah berdekatan. Tetapi apabila saya tinjau menggunakan binokulars, saya amat terkejut apabila dengan senang komet ini berjaya dilihat! Ia kelihatan seperti sebuah bebola berwarna kuning-putih. Saiznya agak besar dan tidak seperti satu titik. Oleh itu amat mudah untuk membezakannya dengan bintang-bintang dipersekitaran. Dan apabila saya kembali melihat dengan mata kasar, memang jelas komet ini kelihatan. Ia bersinar dengan kadar yang kurang sedikit berbanding bintang alpha Perseids, yang berada berhampiran. Agak sukar untuk saya tentukan magnitudnya sekarang, kerana saiznya agak besar berbanding bintang. Selepas itu, saya pun mengambil kesempatan untuk mengambil beberapa foto dengan kamera DSLR Canon 300D. Jom kejar!!!
|