arrowHome arrow Fenomena arrow Bulan & Persekitaran arrow Bulan kembali, ditemani Musytari Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 26 Guests and 1 User online

Personal Message rizal
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 03:39:03 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Bulan kembali, ditemani Musytari PDF Print E-mail
Written by Shah   
Monday, 12 November 2007
 Awan sudah pergi, bulan sudah kembali. Setelah hampir 2 minggu bergelut dengan hujan dan cuaca mendung di malam hari, akhirnya pada petang tadi kembali menyinar jasad-jasad samawi yang sedia menanti untuk dilihat, dicerap dan dijejaki.

Bulan sabit berumur 2 hari, sudahpun mula perlahan-lahan merangkak ke arah timur dari ufuk sebelah barat. Dan pada petang tadi, ia ditemani oleh raja segala planet, iaitu sang Musytari, yang terus menerus gah di langit senja, mendominasi segala bintang-bintang yang ada di langit ketika ini.

Kembali menerjah tumpuan kita ke bulan. Sepertimana yang selalu diceritakan oleh tokey penglipur lara laman sesawang ini, si bulan sentiasa mempamerkan keunikannya tersendiri di awal-awal bulan ini. Bak kata pakcik ayub nun tepi kampung tu, tak kenal maka tak cinta, tak tengok maka tak ketara. Sang tokey penglipur lara pun sering memukul gendang, supaya ramai-ramai tengok bulan masa ni.

Nak tengok apa? Hah ni nak ghoyak ni, masih ingat tak "earthshine"? Cahaya dari sang Bumi yang menyinar kembali ke angkasa, dan jatuh ke bulan. Al-kisah bulan ketika ini masih muda remaja, yang bersinar terang mengadap sang matahari, dan gelap gulita membelakangkannya. Namun, sang Bumi tak mahu mengalah, lalu menyinarkan kembali cahaya terangnya ke bulan, lalu menerangkan bahagian 'malam' sang bulan.

Jadi, apa kesannya? Yang terang terus terang, yang gelap jadi terang pulak (tapi sipi-sipi je terangnya), cantik tu.

Kenapa? Tak percaya? Cuba tengok sendiri. Sang bulan, walaupun bertubuh ramping dan sabit, masih sudi kelihatan bulat getel.

Apa lagi wahai kawan-kawan? Jom jengok sang bulan sabit, terus gah melayari langit , terus indah membadai senja..

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.